Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 28 Oktober 2009

Dah Terantuk Baru Tengadah

Petikan berita dari Utusan Malaysia online pada 28 Oktober 2009.

Satu mati, dua hilang dalam tragedi perkhemahan di Kuala Dipang

Kata Muhyiddin, perkhemahan 1Malaysia itu diadakan untuk membolehkan murid sekolah kebangsaan daripada semua kaum memahami Gagasan 1 Malaysia.

Kita mahu pelajar semua kaum melakukan aktiviti bersama, makan bersama dan main bersama bagi memahami Gagasan 1Malaysia dan ia melibatkan semua negeri.

Kem 1Malaysia memang telah diputuskan di peringkat kementerian. Malangnya perkara sebegini pula yang berlaku. Bagaimanapun ia akan terus berjalan di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, tragedi berkenaan akan menjadi satu pengajaran berguna buat pihak kementerian dan guru-guru yang terlibat supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Justeru, beliau mahu soal keselamatan pelajar menjadi perkara paling utama yang sentiasa diberi perhatian selain kemudahan rawatan serta peralatan bantuan kecemasan ketika menjalankan aktiviti seumpama itu.

Seramai 294 murid sekolah kebangsaan sekitar daerah Kinta Selatan berada di pusat kokurikulum di SK Kuala Dipang di sini mengikuti perkhemahan 1Malaysia yang sepatutnya berlangsung empat hari bermula semalam.










Malaysiakini -Struktur lemah Punca Tragedi?

"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali."

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat"

Kosmo Online 28 Oktober 2009

KAMPAR - "Selepas jambatan runtuh, murid-murid memaut tali kabel jambatan dan kami sedaya upaya membantu mengangkat seorang demi seorang mangsa ke tebing sungai.

"Namun makin lama paras air sungai semakin naik, tiga murid yang sudah keletihan terlepas pautan dan dibawa arus. Mereka menjerit meminta tolong tetapi kami tidak mampu menyelamatkan mereka kerana aliran sungai terlalu deras."

Demikian cerita pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Mohd. Rosli Mohamad (gambar), 44, mengenai detik-detik cemas selepas jambatan gantung di situ runtuh.

Menurut Rosli, dia dan seorang pengawal keselamatan lain, Ismail Ahmad, 62, berlari ke lokasi yang terletak kira-kira 400 meter dari pos pengawal setelah mendengar jeritan murid-murid sekolah dan guru pengiring meminta tolong.

"Sampai di tempat kejadian, kami berdua terkejut melihat jambatan gantung telah hilang dengan peserta perkhemahan pula dilihat sedang berpaut pada tali jambatan tersebut.

"Kami minta murid-murid pegang kabel itu kuat-kuat sebelum kami berdua terjun ke dalam sungai dan mengangkat seorang demi seorang murid-murid sekolah itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Rosli memberitahu, kerja-kerja menyelamat turut dibantu beberapa fasilitator namun tidak lama kemudian paras air Sungai Kampar semakin naik dan deras hingga menyebabkan tiga peserta hanyut dibawa arus.

Katanya, tidak berapa lama selepas itu polis dan bomba yang dihubungi sampai untuk membantu mencari tiga pelajar yang hanyut.


Inilah kata orang, dah terantok baru nak tengadah. Kita selalu begini, mati dulu dua tiga orang baru nak kaji itu, nak kaji ini. 294 orang murid di kumpulkan satu kem tak terlalu ramai ker. Bolehkah diberi perhatian kepada mereka ini oleh guru-guru dan fasilitator?. Perlukah kanak-kanak seusia ini dikumpulkan di tempat begitu hanya dengan tujuan memberikan fahaman kepada mereka apa itu 1 Malaysia.

Tiada ulasan: