Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 21 Oktober 2009

Peperiksaan

Malam tadi berlalulah sudah peperiksaan safawi untuk kelas Talaqi Tinggi AlQuran yang sedang aku ikuti di Masjid Negeri di Shah Alam ni. Hari Selasa depan 27 Oktober akan diadakan pula peperiksaan teori.

Ini adalah merupakan peperiksaan semester kedua iaitu semester terakhir. Seandainya lulus dengan cemerlang iaitu mendapat markah 90 ke atas, InsyaAllah pelajar yang mengikuti kelas ini akan dimasukkan ke Kelas untuk di didik menjadi guru alquran.

Hemmm entahlah, aku tak tahu nak mengandai sama ada aku boleh atau tidak ke tahap tu. Tapi tak apa seandainya aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke kelas guru alquran aku akan mengambil kursus lain pula.

Apa nak buat dulu kita tak sekolah agama, jadi dah pencen nilah baru nak mengikuti kelas-kelas macam tu. Dulu bukanlah tak pandai mengaji tapi tau jerlah tidak belajar secara rasmi macam ni. Dulu belajar dengan tok-tok guru di mana semua ajaran diberitahu secara lisan sahaja. Kalau ingat, ingatlah, kalau tak ingat pun tak ingatlah.

6 ulasan:

fzi berkata...

Salam kak ani...
Waa....seronoknya kak ani dapat ikut kelas kat masjid tu...diam tak diam dah ambik peksa pun... :)
Saya doakan kak ani lulus dengan cemerlang...aminn :))

Kak hanim berkata...

Fzi, Disamping dapat ilmu, buat koleksi sijil jer nampaknya disamping kepuasan diri dan menguji tahap penerimaan pembelajaran kita.

Sebenarnya dah banyak tahun akak ikut kursus mengajian ni. Peringkat awal dulu semasa akak buat Sijil Pengajian Syariah antara JAIS dan UM. Alhamdulillah dah dapat kedua2 sijil tu 2 tahun lepas.

Tu yg sambong lagi pengajian al quran ni. Yerlah Fzi, dulu masa muda2 kita sebok cari ilmu dunia. Kawan2 ajak sambung buat diploma usuluddin JAIS/UM, tapi rasanya buat diploma ni banyak makan masa sikit sebab kelas Sabtu dan Ahad.

Belajar sepanjang hayat, kata orang.

Tanpa Nama berkata...

Moga lulus dgn cemerlang ye kak. Amiin.
p.c.

fzi berkata...

Tahniah kak ani... betul tu, proses belajar ni sepanjang hayat...selagi mampu mesti terus belajar sekurang2nya dapat tambahkan ilmu dalam diri sekaligus tingkatkan amal soleh...
Nice knowing u kak ani.... :)

Kak hanim berkata...

pc, terima kasih. Ada member jemput kahwin

Kak hanim berkata...

Terima kasih fzi. Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti.