Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 14 Oktober 2009

Mimpi - Anugerah Tuhan Atau Gangguan Syaitan



Semua orang ada mengalami mimpi bila mereka tidor. Ada yang selalu bermimpi dan ada yang kadang-kadang saja. Tak terkecualilah diri aku sendiri. Kadang-kadang ada mimpi yang mengembirakan dan kadang-kadang ada mimpi yang bila terjaga mengganggu fikiran.

Orang selalu kata mimpi adalah mainan tidur. Tapi susah juga nak kata mainan tidur sebab ada mimpi juga yang memberi alamat atau petanda kepada kita si pemimpi tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi. Selalunya perkara ini kita sedari bila ianya telah berlaku.

Kalau kita mendapat mimpi yang baik, tak apalah. Gembiralah kita. Tapi kalau mendapat mimpi yang tak seronok dan kadang-kadang kita tahu ianya membawa petanda yang tak elok, susah juga hati kitakan. Tapi kita kena ingat kadang-kadang syetan pun suka mengoda kita juga. Apa yang berlaku adalah kadaq dan kadar dari Allah.

Rasanya jalan terbaik ialah kita ikut cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.. Rasulullah mengajar supaya sebelum tidur ambik wudhuk dulu dan bacalah ayat-ayat Al-Quran. Baca ayat Kursi dan akhir surah Al-Baqarah serta surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas serta doa membaca do’a-do’a yang dicontohkan Rasul. Ada juga yang menambah semasa membaca ayat-ayat Al Quran ini tadahkan tangan. Bila selesai, hembus ke tapak tangan kita tu dan sapu ke seluruh badan. Fungsinya sebagai pelindung dari gangguan syetan.

Ada orang ajar kalau kita bermimpi sesuatu yang tidak baik, bila terjaga bacalah "Wala haulawala kuwataillah billa il azim" dan meludah (tanpa keluar air liurlah) kiri dan kanan. Dan jangan ceritakan kepada sesiapa.

Di bawah ni sajalah nak kongsi sikit-sikit tentang apa itu mimpi yang aku jumpa dalam artikel yang pernah dibaca dari Al Islam.com

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian.

Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok:

Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira yang datang dari Allah.

Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan; dan

mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri.

Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan sholat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain.

Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin."


Itulah sikit sebanyak tentang mimpi yang boleh kita kongsi.

14 ulasan:

Sifu Mirza berkata...

salam kak..

pandangan saya..

mimpi seorang yang beriman sudah tentu ianya alamat, ilmu, pemberitahuan dari Allah buat mereka..samada indah atau tidak.

mimpi seorang yang bergelumang dengan hawa nafsu dan membenarkan syaitan mempengaruhi dirinya sudah tentu adalah permainan syaitan..

:-)

azlanlin berkata...

Ermmm..agak menarik juga tu.Yang sering mendapat mimpi, rasa risau dgn olahan dan tafsiran mimpi.

Berbeza pula dgn org yg tidur nyenyak x sedorkan diri...takdak apa2 mimpi. Ketika itu teringin juga nak rasa mcm mana org lain bermimpi...

Kunang-Kunang berkata...

Betul sifu. Akak masih ingat kita pernah bincang tentang mimpi2 kita satu ketika dulukan.

Kunang-Kunang berkata...

Begitulah kitan nikan saudara Azlan. Ada orang langsung tidak terganggu mimpinya dengan mimpi.

Tapi tak taulah mana yang lebih indah, bermimpi atau tidur yang tidak bermimpi. Sebab kadang bila mimpi yang menyedihkan bila terjaga alangkah siksanya perasaan.

Tapi kadang-kadang mimpi boleh melepaskan rindu pada seseorang yang sudah tiada lagi didunia ini bila kita berjumpa dia di dalam mimpi. Mimpi adalah alam ghaib yang kita tidak boleh ngapai dialam nyata.

Tanpa Nama berkata...

dulu masa belajar saya pernah buat kajian tentang mimpi ni.stndts dp afghanistan rata2 menjawap mimpi yg dialami adalah satu petanda or `warning'. agaknye berdasarkan pengalaman mereka yg dlm peperangan ketika itu.
kadang2 ada mimpi2 yang memberi khabar berita akan dtg seperti untuk tempoh 3 bulan, 6 bulan dan lain2.kebetulan ia benar2 berlaku.cuma jgn terlalu percaya kpd mimpi.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Betul p.c. Mimpi jangan dipercayai sangat nanti ianya boleh terpesong akidah kita.

Macam orang buat sholat ishtikarah, terutama tentang jodoh. Jawapan datang dalam mimpi, pada pendapat dia. Maka dia pun berkahwin. Tapi malangnya perkahwinan itu tidak berjalan sebagaimana sepatutnya.

Silap2 dia boleh salahkan Allah kononnya Allahlah yang telah memberi petunjuk yang salah. Sebab petunjuk tu datang selepas dia sholat istikharah. Mungkin betul, mungkin itulah perjalanan hidup dia yang Allah telah tentukan.

Tanpa Nama berkata...

kak, bab buat solat istikharah dan mimpi tu, kemudian kawin tp tak kekal jodohnya, saya teringat kata2seorang sahabat ni iaitu:

* solat istikharah adalah sebagai salah satu usaha yg dilakukan dan keyakinan kita dgn bergantung pada Allah swt. Namun jwpn yg kita perolehi dp usaha itu tak bolehlah dikatkan `maksum' atau 100% guarantee untuk sesuatu.

Apa yg berlaku selepas itu kenalah terima dgn ikhlas. Namun, janganlah simply menerima seseorang itu kerana `cinta' tanpa usul periksa,tahu latar belakang dan usaha solat ini ye tak.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah yang sepatutnya pc

pakndak berkata...

AlRukyah minaALLAH, walHalamu minalShaiton. ada jugak mimpi untuk menunjukkan sesuatu, ada jugak mainan syaitan. Contoh rukyah nie mcm mimpi Nabi ALLAH Ibrahim a.s bahawa dia akan menyembelih anak dia, sepertimana yang disebut dlm surah Al Saffat, ayat 102. Klu mimpi dari syaitan nie, mcm kita tdoq petang2, slalu dok mimpi pelik2 yang tak ketahuan punca, tue cuma mainan tdoq sahaja. apa pun, pakndak suka bermimpi, sbb bangun tdoq terus ada benda yang nak dipikir, klu tak, mandom ja bgn tdo.hehe

Miecyber @ Sudu berkata...

Mimpi yang saya tak boleh lupakan dan berulang kali berlaku ialah bertemu arwah ayah dan arwah wan saya.Dan biasanya mimpi itu muncul pada bulan Ramadhan.Hilang perasaan rindu kepada arwah ayah dan arwah wan hilang selepas mendapat mimpi itu.Mimpi inilah yang selalu saya nantikan terutama sekali menjelang Ramadhan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Pakndak. Apa khabar. Cuba singgah di blog Pakndak, tapi tak dapat.

Ada orang kata, kalau kita bermimpi, bila kita terjaga kita ingat keseluruhan mimpi tu, itu tanda mimpi yang ada maknanya. Tapi kalau bila terjaga kita tak ingat tentang mimpi kita, atau ingat samar2, itu mainan tidur (syetan?).

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah mie, Allah pertemukan mie dengan orang yang dirindu di dalam mimpi.

Miecyber @ Sudu berkata...

Kak Nim, semalam saya mimpi jumpa dan minta maaf dengan Arwah Ayah lagii..Rasa rindu kat dada terus rasa hilang.Seronok saya Kak Nim...

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah mie. Itulah kekayaan Allah, dia lepaskan rindu kita di alam mimpi.

Akak ada terbaca satu artikel tentang mimpi, katanya bila kita bermimpi bertemu dengan orang yang dah meninggal itu bermakna roh kita pergi ke alam Barzah.

Perginya roh itu bukan keluar kesemuanya, tetapi hanya separuh sahaja ibarah kita mengintai dari tingkap. Kalau roh tu keluar semua, kita akan mati.