Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 5 Oktober 2009

Terkenang Semasa Lalu

Tadi aku merayau ke blog lama aku disatu forum. Disitu kami selalu berhimpun, bercerita, bergurau senda. Tidak pernah sekali ingin dilukai dan melukai. Ada antara kawan-kawan seforum tu yang pernah berjumpa, ada yang tidak pernah berjumpa. Tapi rasanya mesra sungguh seolah-olah semuanya pernah ditemui.

Aku ingin abdikan beberapa entri aku dari blog sana ke blog ini sebagai satu nostalgia yang penuh makna.

(1) Kegelodakan Perasaan - Wed May 14, 2008 2:24 pm



Lama aku tunggu surat tu datang
Akhir Jumaat lepas
Surat tu aku terima

Bermacam perasaan timbul
Aku diam sajer
Nak ingin menyelami perasaan sendiri
Gembirakah aku
Dengan keputusan ini
Ini keputusan yang aku buat sendiri

Macam-macam rasa ada
Gembira
Sebab dapat apa yang ku pohon
Sedih
Memang ada kerana disinilah bertahun-tahun tempat aku mencari rezeki
Disinilah segala pahit maung kehidupan yang aku lalui
Dari usia remaja sehingga kini menjelang usia persaraan
Lamanya aku di sini, setianya aku pada pekerjaan ku ini

Hasil kerja ku inilah
Kami bersama-sama membesarkan anak-anak
Dari kecil hingga sekarang dah boleh membina hidup sendiri

Aku diluluskan bersara
Bermula 16 Jun 2008
Bebaslah aku sebagai seorang pekerja

Semua kawan-kawan tanya
Apa aku nak buat selepas bersara
Sebab badan masih sihat

Aku kata
Semasa sehatlah aku hendak bersara
Hendak menikmati hidup sebagai seorang yang berjawatan
Suri rumah sepenuh masa

Semoga Allah kurniaku kesihatan yang baik
Murahkan rezeki kami semua
Semoga dengan semua rahmatNYA itu
Aku berjaya membina diri dan keluarga
menjadi muslim yang lebih sempurna

Tidak lagi tergesa-gesa
Tidak lagi mengejar masa dalam mengerjakan tanggungjawab kepadaNYA
Semoga bebasnya diri dari tanggungjawab ini
Aku aku menjadi muslim yang lebih sempurna


(2) Hari-hari terakhir - on Sat Jun 14, 2008 9:14 pm

Semalam hari terakhir aku di pejabat aku

Perasan aku macam-macam. Berbaur antara suka, sedih dan keliru
Aku keliru dan masih berfikir
Betulkah keputusan ku ini
Tak menyesal ker aku

Tapi aku dah tak boleh undur
Aku kena melangkah terus ke depan
Walau apa pun yang mendatang
Ini keputusan yang aku buat sendiri
Keputusan yang tidak dipengaruhi oleh sapa2
Walaupun hasben aku sendiri

Sebenarnya aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa,
kenapa sebenarnya aku mengambil keputusan
mengakhiri kerjaya aku.

Hakikatnya semenjak kehilangan anak lelaki ku
Kesannya sangat dalam di hati ini
Aku ingin melupakan peristiwa itu
Sedaya upaya

Ini menjadikan aku manusia yang sering lupa
Kadang2 aku angkat ganggang telefon
Tapi aku lupa siapa yang akan nak panggil
Bila aku banyak berfikir ketika melakukan kerja
Kepala aku sakit berdenyut2.

Dari situ aku rasa kemampuan ku dah berkurang
Jadi aku ingin mencari ketenangan dan mahu lagi tidak berserabut
dengan masalah kerja.




(3) Sebakkkkkkkkk - on Sat Jun 07, 2008 1:55 am

Petang tadi sebaik selesai menunaikan sholat asar sekembalinya dari Kuala Pilah kerana menjemput Sakinah dari Kolej Maktrikulasi, terdengar sakinah memanggil, katanya ada orang cari. Selepas memakai tudung, terus turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang.

Rupanya kawan sepejabat. Sebenarnya hari ini aku cuti. Minggu depan, minggu terakhir aku bekerja di UM ni. Aku tengok dia bawak kotak besar berbalut cantik. Aku ingat itu hadiah untuk anak ku yang baru kawin. Tapi bila dia menyerahkannya ke tangan dia kata hadiah ini untuk aku dari Timbalan Pengarah Unit Hubungan Antarabangsa dan Korporat tempat aku kerja. Sebenarnya ku tidak bekerja di Unit ini tetapi selalu membantu Unit ini dalam acara-acara di UM. Selepas ucap terima kasih aku masuk ke dalam rumah selepas kawan aku tu tak nak singgah kerana nak cepat balik.

Aku terus ke bilik tidur aku, tak sabar rasanya nak melihat apakah gerangan hadiah itu. Tuan punya hadiah ni aku kenal benar. Kami sama-sama bertungkus lumus menjayakan Majlis Konvokesyen setiap tahun dari semenjak 1994 lagi. Kami jugalah akan menguruskan kebanyakan apa-apa Majlis sama ada di hotel-hotel atau di Kampus untuk UM. Tapi pada tahun lepas secara rasminya aku tulis surat pada Pengarah Unit Hubungan Antarabangsa dan Korporat minta maaf aku tak boleh terlibat lagi dalam majlis Universiti kerana sakit di lutut ku ini tidak mengizinkan aku bergerak cergas macam. Tapi aku berjanji aku akan membantu dari segi perancangan dan lain-lain yang tidak memerlukan banyak pergerakan.


Hadiah aku buka, inilah dia





Tiba-tiba aku sebak. Terutama bila membaca nota yang disertakan. Menitis air mata aku. Ingat juga dia kepada ku. Dia tahu aku memang suka bunga. Sebab itu setiap kali ada majlis keraian, dia akan serahkan pada aku urusan memesan bunga-bunga dari floris. Baru ketika itu aku rasa sedih bila mengenangkan yang aku akan bersara seminggu lagi. Tapi kenapa aku mesti sedih, aku sendiri yang minta keadaan ini terjadi.

**********************************************************************************

Aku ingin jadikan entri-entri di atas sebagai ingatan pada diri sendiri, semoga aku tidak lupa tujuan asal aku bersara dari pekerjaan ini. Semoga kebebasan persaraan ini tidak melekakan aku dengan sesuatu yang menyimpang dari hasrat yang pernah terpendam.

8 ulasan:

Miecyber @ Sudu berkata...

Syahdunya luahan perasaan Kak Nim.

Az berkata...

Adakalanya, hati kita teringat2x...
semua tu sentiasa dalam lipatan kenangan yang takkan kita tinggalkan sampai bila2x...hinggalah tiadanya kita.
Rindunya....

Shida berkata...

Sedihnya kak.....
Saya pun tak tahu berapa lama lagi saya ingin bekerja. Saya memang ada cita² untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Mungkin bukan sekarang cuma tak tahu lagi bila.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, selamat hari raya.

Begitulah hati kit ini, kadang-kadang datang rasa pilu hiba tiba2. Kadang tenang baik air ditasik.

Kunang-Kunang berkata...

Az,
Lama akak cari Az. Ke blog az tk jumpa. Mana menghilang.
Rindu-rinduan dan tertanya2 kemana Az. Semoga Az sihat walafiah di hari mulia ini.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat Hari raya shidah sekeluarga.

Itulah shidah, akan tiba satu saat yang kita tak jangka perasaan ingin berhenti dari bekerja timbul walaupun tanpa sebab-sebab tertentu.

en_me berkata...

chanteknyerr bungerr..

Kunang-Kunang berkata...

He he en_me. Terima kasih. Bunga perpisahan.