Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 24 Oktober 2009

Ikhtiar Seterusnya

Semalam aku ke hospital SALAM lagi untuk buat ulangan fisioterapi bagi sakit lutut aku ni. Sekarang ni sakit dah bermula semula. Malah kali ini makin menjadi. Malam-malam berdenyut tak boleh tidur. Tak tahu berapa kali bangun sapu minyak urut. Memang ujian betul. Kadang-kadang mengalir juga air mata menahan sakit.

Semasa fisioterafi berjalan, lutut ni berdenyut-denyut. Aku tanya pada ahli fisio tu, kenapa kaki aku masih sakit yang mana sepatutnya sakit atau bengkak akan berkurangan apabila kita buat fisio. Akhirnya ahli fisio tu suruh aku jumpa balik doktor Ariff, Pakar Ortopedik di hospital tu.

Setelah berjumpa, akhirnya dia memutuskan aku terpaksa menerima rawatan memasukkan cecair kedalam lutut. Itu saja cara yang boleh menghilangkan sakit ni. Kalau ikut doktor, hari ini Sabtu aku kena masih wad. Tapi memandangkan hari Selasa ni 27 Okober aku ada periksa terakhir untuk kursus tajwid alquran aku, aku minta tangguh masuk wad pada hari Rabu ni. Kalau aku tak periksa kali ni, jawabnya tahun depanlah. Sayangnya aku dah bertungkus lumus untuk periksa akhir ni. Kalau boleh tak naklah terbatal begitu sahaja.

Walaupun macam-macam pendapat yang diberi oleh orang-orang mengenai treatment ni, ada positif ada negatif, aku nekad aku terima yang positif sajalah sebab tak tertanggung dah rasanya. Semoga Allah permudahkan usaha ku ini. Mungkin ini jawapan dari doa yang selalu aku panjatkan padanya memohon petunjuk apa yang patut aku lakukan pada kaki ku ini.

11 ulasan:

fzi berkata...

kak ani...
Sabarlah ya.... saya doakan moga sakit lutut kak ani tu nnt makin berkurang dan beransur2 sembuh lepas dapat treatment yang doctor suggest tuh...
Kita cuba ikhtiar jalan yang terbaik...dengan izin Allah moga sembuh macam sediakala....kuatkan hati ya kak ani..

Miecyber @ Sudu berkata...

Semuga Kak Nim dapat mengharungi kesukaran ini dengan tabah...

Kunang-Kunang berkata...

Salam fzi, itulah juga doa kak ani. Terfikir juga kalau buat ada kesan tak elok (ada orang kata), tak buat pun sanggup ker hidup dalam kesakitan.

Terima kasih fzi atas doa fzi pada akak. Walaupun kita tak pernah kenal tapi hati rasa dekat sekali.

Kunang-Kunang berkata...

Salam mie, terima kasih doakan akak. Sayangnya mie, kadang2 kesakitan yang orang tak nampak ni, kadang2 keluarga sendiri seolah tidak memahami. Sebab nampak sihat jer.

Tanpa Nama berkata...

moga semua urusan dipermudahkan Allah dan akak cepat sembuh ye kak.
p.c.

INTAN RH berkata...

Salam kak, moga segalanya baik2 aje.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima dan intan, Harapan dipermudahkan dan diperkenankaNYA usaha yang dibuat ini.

en_me berkata...

salam akak hanim tewww.. dah sampai masa letak pelincir kat lutut tewww.. muger selamat

kakzeem berkata...

mak saya pun sama ka nim..
moga akak dipermudahkanNya... ameen.

Kunang-Kunang berkata...

En_me, terima kasih atas doa yang diberikan. Semalam dah selesai episod pertama. 2nd & 2nd next week dan week lagi satu.

Kunang-Kunang berkata...

Salam zeem, terima kasih sudi singgah blog kak hanim ni. Lama kita tak berceritakan.

Itulah zeem, dah lama nasihat ini diabaikan sebab masa tu cuma bila berjalan saja sakit, jadi sabarlah, bila sakit berenti berjalan. Sekarang berjalan tak berjalan berdenyut jer, jadi terpaksa akurlah dengan nasihat doktor, tak buat sakit.