Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kenapa Mesti Marah




Tinggi suara dia menengking bila aku meminta dia menangguhkan appointment dia dengan kawannya. Perkataan itu seolah-oleh percikan api yang membakar hati dia.

Kenapa begini sikap dan kelakuan dia sejak kebelakangan ini. Barannya menjadi-jadi, silap sikit volume suara terus naik. Kadang-kadang aku keliru, dia macam orang yang aku tidak berapa kenal lagi. Untuk damai, aku diam.

Aku tidak pernah meminta dia mencari kekayaan. Aku selalu kata, apa yang ada cukuplah bagi kita. Tapi dia teruja bila diberikan projek-projek yang menjanjikan pulangan yang agak lumayan. Tak aperlah kalau begitu, tapi jangan jadikan aku tempat melepas marah bila aku tersilap cakap atau perbuatan.

Aku tahu ini bukan sikap asal dia. Kenapa begitu. Kalau penat menjadikan dia berubah. Tak payahlah di kejar lagi harta dunia ini. Harta dicari sampai lubang kubur pun kita takkan puas. Sampai hati dia.

Tadi semasa dia keluar adik dia dari Dungun telefon beritahu dah dapat tarikh untuk penerbangan ke Mekah pada 5 November ini. Notis mengejut. Kami memang merancang nak balik ke Dungun bila tiba masa adiknya akan berlepas nanti, tapi tak sangka tiba-tiba jer dapat tarikh.

Aku berfikir sendiri, bagaimana cara nak balik ke Dungun. Hari Selasa depan aku ada lagi injeksen untuk lutut ni. Ini bermakna 3 harilah lagi selepas tu aku tak boleh bergerak cergas. Jadi aku berfikir sendiri, mungkin kami boleh balik besok, hari Isnin kami balik ke sini. Nak balik ke Dungun esok dan balik ke sini lusa, aku rasa sangat memenatkan.

Bila dia balik kerumah untuk sholat asar tadi, aku beritahu dia. Dan aku beritahu candangan aku tu. Dia kata tak boleh sebab dia dah ada appointment dengan kawan-kawannya pada hari Isnin. Aku kata postponelah ke hari lain.

Rupanya perkataan postpone sangat sensitif. Menjadi kemarahan yang amat sangat. Dia kata yang dia terpaksa menangguh appointnmentnya pada hari Selasa ke Isnin kerana aku terpaksa berjumpa doktor pada hari Selasa. Dan sekarang dia kata pandai-pandai aku beri cadangan supaya appointment tu ditangguh lagi kerana nak balik ke Dungun.

Salah siapa, dia yang lupa tentang appointment aku pada hari Selasa tu. Aku yang patut berkecil hati. Dia yang lupa. Kenapa marah pada aku. Dia kata, dia tak suka orang lain mengatur perjalanan kerja dia. Orang lain??

Sejak bila aku jadi orang lain dalam hidup dia. Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik ini, hati ini amat terguris. Berdetak di hati ni, belum lagi aku terlantar sakit, cuma aku tidak boleh bergerak bebas ke sana kemari buat sementara waktu, dia sudah buat aku macam ni.

Terlukanya hati ini. semoga Allah ampunkan aku dalam menempoh gelora hidup diwaktu-waktu penghujung hidup ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa kak.
moga akak diberi kekuatan dan dan dipermudahkan segala urusan.
p.c.

Sifu Mirza berkata...

salam.

sabarlah kak.
jangan dilihat dari sudut terguris.

cuba lihat dari sudut bahawa kak dan dia perlukan masa bersama berdua.

kerana mungkin sudah agak lama tidak bersama jalan-jalan makan angin.

:-)

Kunang-Kunang berkata...

Shima, inilah ujian dalam hidup bersama. Ada kalanya gelombang besar melanda bukan kerana kapal besar yang lalu.

Terima kasih shima.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih sifu.

Ketika kepanasan membakar hati, setitis embun menjadi penawar yang sangat mustajab.

Shida berkata...

Saya sekadar menjadi pembaca, tidak mampu mengulas apa². Doa saya, semoga akak tabah hadapi ujian Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shida. Lama kita tak bertemu di alam cyber ni yer.

Semoga sekeluarga sihat dan bahagian selalu.