Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ikatan Kasih

The tears that I don´t know how to cry




Cantik bunga ni. Aku suka
Warna putih bersih
Titik-titik hujan masih melekat di kelopaknya.

Begitulah kasih sayang aku pada dia. Kalau ikutkan hati yang rajuk rasanya tak ingin aku tegur dia sampai bila-bila. Tapi boleh ker aku.

Aku tahu ada kesal dihati dia. Tapi biasalah, mana dia nak mengaku.
Nak kata maaf, jangan harap. Itu aku dah tahu sangat.

Demi kasih sayang yang dah kejap terikat berpuluh tahun
Aku dah tak kisah semua tu.
Cuma ada ketika kesabaran ku tercabar.

Aku mengalah lagi kali ini. Dah tak ingat untuk keberapa kali.
Tak aperlah aku tidak berdendam. Aku inginkan ketenangan. Tak ada gelora dijiwa.
Tak ada marah dihati. Aku tak nak menangis.

Akhir kata putus diberi "esok kita balik". Alhamdulillah. Aku tak nak tanya lagi bila balik ke sini. Asalkan balik aku dah cukup gembira. Aku ingin sangat berjumpa dengan adik ipar aku sebelum dia berangkat ke Mekah.

Itulah Aku. Tak ada dendam dihati ini kerana aku tahu dia tetap seperti dulu.
Mungkin usialah pencetus penorama ini.

6 ulasan:

fzi berkata...

Salam kak ani...
Dari posting kak ani yang lepas, saya hanya baca sambil termenung sendiri...betapa hidup ini jelas ibarat air yang ada pasang surutnya.... harapan, agar kak ani banyakkan sabar...permulaan sabar memang pahit tapi insyaAllah akan manis akhirnya... tenang ya kak ani..

INTAN RH berkata...

Salam kak, napa ni? mcm ada sesuatu yg terpendam kat hati je?

Tanpa Nama berkata...

Kak, selamat pulang ke kampung.Moga akak ceria yer :).
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam fzi.

Yerlah fzi dalam ketenangan, kadangkala gelora tak kita duga walau penyebabnya hanya titik gerimis.

InsyaAllah fzi. Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, begitulah kita ini. Dalam usia menuju senja, sensitif kita bertambah dan orang sebelah makin berubah karektor.

Itulah dugaan hidup berumahtangga dikala hujung-hujung ni.

Kunang-Kunang berkata...

Shima, akak dah kembali kesini hari ahad lepas. Balik betul-betul satu malam. Larat tak larat balik juga kesini.

Semalam akak dah buat injeksyen kedua, sekarang tak bolehlah kesana kemari sangat. Duduklah kat atas ni. 6 hari tak pijak bumi, bunga-bunga semua tak bersiram. Kesian pokok, tuannya sakit, dia pun kering. Nasib baik panjang umur.