Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 7 Oktober 2009

Fisioterapi Untuk "Knee Arthritis'

Kejap lagi aku kena ke Hospital SALAM lagi untuk ulangan buat fisioterapi bagi lutut aku yang sakit semenjak 2 hari sebelum raya ni. Termasuk hari ni dah 4 harilah aku buat fisioterapi ni.



Lutut ni memang dah sentiasa sakit. Tapi kali ini sakitnya berlainan kerana langsung tak boleh angkat kaki bila melangkah. Bila nak bergerak terpaksa aku heret jer kaki kiri ku ini. Sebab bila aku angkat jer kaki, sakit tak terkira di bahagian lutut.

Dah banyak cara dibuat untuk hilangkan sakit ni termasuk cara tradisional. Dah berapa kali doktor nasihatkan aku supaya mengambil injection untuk masukkan cecair ke dalam lutut tapi aku tak nak. Seboleh-bolehnya nak cuba cara lain dulu. Ini memandangkan pada ketika itu, sakit ni hanya datang bila aku berjalan atau buat banyak buat kerja-kerja rumah. Tapi sekarang nampaknya tak buat pergerakan pun sakit berdenyut-denyut. Waktu malam tak tahu berapa kali bangun sapukan minyak panas untuk kurangkan sakit. Rasanya tak tertahan lagi. Nak telan pain killer banyak-banyak takut efek buah pinggang pulak.

Buat masa sekarang doktor suruh aku buat fisioterapi dulu sebanyak 6 sesi. Dia juga beri ubat untuk tambahkan cecair di dalam lutut di samping ubat tahan sakit jika dah tak tertahan. Salah satu caranya fisioterapi yang dilakukan ialah dengan cara short wave iaitu memanaskan kedua-dua lutut untuk menghilangkan sakit dan bengkak.

Lagi satu cra aku tak tahu apa namanya tapi menggunakan peralatan yang boleh menyedut dan memicit tempat yang sakit seperti orang mengurut. Nampaknya buat masa sekarang ni dah banyaklah berkurang. Tapi aku tak pasti sakit ni berkurangan kerana ubat tahan sakit atau kesan dari fisioterapi. Doktor kata kalau cara ni tak berkesan, aku terpaksa mengambil injeksen untuk memasukkan cecair kedalam lutut bagi mengelakkan pergeselan tulang-tulang disitu.

Inilah agaknya penyakit aku ni lebih kurang, aku berdoa janganlah cara ke6 dan ke7 tu sampai pada aku. Uuuhhhh Ngeri

The most common and most disabling cause of knee arthritis is osteoarthritis (OA), or "wear and tear". The most common symptoms of OA are pain, swelling, stiffness, catching, instability, and deformity.

Treatment of symptomatic OA includes several levels of management, akin to a step-ladder approach, with higher steps carrying higher risks:



1st step: observation (watch and "wait and see" approaches)

2nd step: rest, modification of activities to avoid painful triggers, ice, knee sleeves, elevation, shoe shock absorbing inserts, physical therapy, etc.

3rd step: supplements like glucosamine and chondroitin sulfate, medications like acetominophen (tylenol)

4th step: medications like aspirin and non-steroidal anti-inflammatory drugs (check with your MD first, these carry a risk of bleeding ulcers and other potential problems); narcotics are rarely used because of the potential for accomodation, addiction and abuse

5th step: injections like "cortisone" and hyaluronic acid

6th step: arthroscopic debridement (i.e.- clean-out, wash-out, tune-up, "oil-change"), which usually has limited benefit

7th step: knee reconstruction- osteotomy (change shape of knee to correct deformity), partial or total knee replacement ("resurface and rebuild")

21 ulasan:

en_me berkata...

sakit tewww..

en_me berkata...

akak hanim, me dh nmpk gambar basikal giant jeddah ittewww

BASIKAL GIANT

fzi berkata...

Salam kak ani...
Berdebar2 rasa hati masa baca post kak ani kali ni. Saya pun ada masalah sakit lutut kak ani...mungkinkan sama masalah ngan kak ani ni? Masa berbual dengan jiran yang berkunjung ke rumah baru-baru ni, ada saya suarakan masalah ini, kot2 diaorang ada solution, kalu boleh nak la cara kampung *saya takut nak ke hospital*
Makcik sebelah rumah kata, "ko tu banyak berdiri, rehat2 la sikit"

...ohh risau jugak la kak ani...sekarang ni duk buh minyak je...

INTAN RH berkata...

Kak hanim, moga semuanya berjalan dgn baik.

Kunang-Kunang berkata...

Tapi en_me baru-baru ketika menunaikan umrah lagi sekali akak ke Jeddah, rasanya dah tak ada basikal besar tu. Tapi tak taulah juga mungkin dah lalu jalan lain.

Memang sakit en_me.

Kunang-Kunang berkata...

Fzi, kak hanim pun dah cuba berurut dan makan ubat-ubatan termasuk ubat-ubat yang dijual secara MLM yang dikatakan boleh menyembuhkan sakit lutut. Minum susu mana yang orang kata baik, mahal pun tak kira.

Akak juga pernah beberapa kali ke Darul Sifa' minta air. Ada jugalah kurang tapi tak berpanjangan. Tak berapa lama sakit balik.

Jadi akak terpaksalah ke doktor balik. Dulu dah pernah ambik treatment dengan doktor, hilanglah sekejap sakitnya, lepas tu sakit balik.

Ini cuba lagi. Mudah-mudah serasi.
Kata doktor terjadi macam ni sebab kita terlalu aktif. Yerlah kerja-kerja rumah pun dah cukup membuat kita sakit lutut.

Dan satu lagi he he akaklah ni. Berat badan juga main peranan.

Kunang-Kunang berkata...

Doakanlah intan semoga kaki ni cepat semboh.

Shida berkata...

Salam kak, kawan saya pun ada masalah lutut ni. Suggestion doktor untuk dia mmg sama mcm tu juga. Cuma, dia masih muda, tua setahun saje dr saya.

Kunang-Kunang berkata...

itulah kan sakit ni datang tak tentu usianya. Tapi selalunya pada peringkat usiasenja nilah segala penyakit datang.

Tanpa Nama berkata...

kak, moga sihat danceria selalu.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

terima kasih pc

syahbandar87 berkata...

hmm..macam sakit jekan

Miecyber @ Sudu berkata...

Semuga Kak Hanim segera sembuh yerrr..

nenek berkata...

Simpati dari jauh...semoga kak ani bertemu penawar yang mujarab...

Banyakkan rehat kak ani...kerja rumah..hehe letakkan ke tepi...

Kunang-Kunang berkata...

Shah, terima kasih sudi singgah. Alhamdulillah sekarang ni banyak dah rasa kurangnya.

Kunang-Kunang berkata...

p.c., terima kasih atas doa shima tu.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih mie. Begitulah jua harapan kak hanim.

Kunang-Kunang berkata...

Yerlah dib, kerja rumah tak pernah habis. Sakit-sakit pun buat jugak kan. Mata tak sanggup tengok.

Abang kata, itulah awak semua tak sanggup tengok. Buat jugak-buat jugak, lepas sakit. Tapi bukan dia nak buat pun. He he hee

Tanpa Nama berkata...

hehehe.kak amik la maid untuk waktu tertentu je....mengemas, mencuci...jgn amik maid buluh runcing yer hehehe.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

p.c. dah 2 bulan orang yang datang seminggu sekali rumah akak ni berhenti. Iaitu semenjak puasa. Akak pun tak tanya lagi dia nak bekerja lagi atau tidak.

Lagi pun akak sekarang tinggal dah tak ramai, akak dengan anak dan menantu tu jer. berempat. Jadi rasa macam tak perlu. Kalau duduk jer tak buat aper2, lagi kejong kot tulang temulang ni. Tu yang tak nak ikut sangat.

Pembantu akak dulupun bukan jenis buluh runcing, orang kita. Dah lebih kurang 7 tahun dia dgn akak. Mungkin dia pun dah tak larat macam akak. He he

Tanpa Nama berkata...

The artіcle feаtuгes prоvеn helpful to mе personally.
It’s really eduсatіonal and yоu гeally arе clearly
extrеmely еxρerіenсed of thіs type.
You possеѕs eхρoseԁ our eyе for you to varуing opinion of this subject matter along with intriguing,
notable anԁ reliable artіcles.

Here is my web page ... Cialis online