Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 28 Oktober 2009

Dera

Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari kita disuapkan dengan berita orang mendera orang. Sama ada orang gaji didera majikan, atau orang gaji mendera majikan.






Semalam kita dikejutkan dengan berita kes kematian pertama berlaku kepada Mantik Hani seorang pembantu rumah indonesia yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir separuh botak dipercayai akibat didera majikannya, akhirnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Sedih - zalimnya orang kita pada mereka.

Tapi sebaliknya, kita juga geram bila ada juga pembantu rumah yang tidak bersyukur dengan layanan yang diberikan apabila bertindak mendera anak dan mencuri barangan majikan. Contohnya apa yang berlaku di Subang Permai beberapa hari lepas apabila pembantu rumah pula mendera empat anak majikan sehingga lebam seluruh badan dan
telah melarikan diri bersama wang tunai RM200 serta komputer riba miliknya.

Sedih - kejamnya mereka kepada kita, tak ada rasa belas kesian pada budak-budak kecil

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dengan kes ini, maka bertambahlah api kemarahan buluh runcing.namun kes yg libatkan org malaysia atau majikan didera jarang diberi perhatian.ape pun tak kire bangsa dan warganegara, dera2 org ni dah tahap lagi teruk dp haiwan.
p.c.

Tanpa Nama berkata...

kak ani sihat ari ni yer?
p.c.

Kak hanim berkata...

Sebenarnya manusia ada yang baik ada yang jahat tak kira dari benua mana dia datang.

zai berkata...

Salam Kunang2..

Terima kasih kerana sudi bertandang dan beri komen kat blog zai yer..salam ukhwah..

Zai pernah ada pengalaman ambil 3 pembantu rumah, mcm2 cerita suka dan duka..dan akhirnya dah tak nak pakai lagi..pokoknya ramai yg datang lebih bermasalah dari majikan yg bermasalah..sebaik manapun kita sbg majikan kat dia tetap ada juga onarnya nanti..tapi apapun kita jangan ikut perasaan dan hawa nafsu.tak suka hantar balik saja knp nak mendera kerana kita harus ingat Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan segala2nya lagi..jadi biarlah Allah saja memberi pembalasan yg setimpal kepada mereka2 yg tidak ada perasaan belas kasihan pada oranglain ini terutamanya pada kanak2 yg sering sangat menjadi mangsa keadaan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai. Terima kasih juga dari kak hanim kerana sudi singgah.

Masaalah Pembantu Rumah memang tak pernah selesai. Kebanyakan kesulitan timbul dari pihak pembantu rumah yang sentiasa tidak beterima kasih dengan majikan.

Penderaan Majika pada pembantu rumah agak kes terpencil sahaja. Tapi kalau dibiar akan berlarutan juga.