Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 29 September 2009

Suasana Aidilfitri Yang Sunyi Di Shah Alam

20 September 2009 - First Day Raya



Sejak 3 tahun lalu kami hanya akan balik ke kampong di dungun, terengganu pada hari raya Aidilfitri kedua. Dapatlah kami berkumpul dengan kaum keluarga, beraya dari rumah kerumah sanak saudara dan kawan-kawan di sana. Tapi Aidilfitri kedua tahun ini dan sehingga sekarang ini kami tidak balik ke dungun. Kami menyambut Aidilfitri di Shah Alam ni dalam suasana persekitaran yang sunyi sepi. Kembali dari Sholat Sunat Aidilfitri kami sendiri makan kuih muih dan lauk pauk raya.

Kebanyakan jiran-jiran balik kampong. Tinggal beberapa buah rumah saja yang berpenghuni di lorong rumah aku ni. Kami berjumpa semasa di Masjid saja. Sedihnya raya. Hari Raya Pertama ni kami tak ke Pusara anak dan mak aku. Selalunya pada hari raya pertama ni, jemlah kawasan perkuburan tu. Kami dah menziarah pusara mereka berdua pada hari terakhir Ramadhan. Lagi pun kami sentiasa menziarahi perkuburan ni tak kira hari apa. Bila rindu kami (aku dan suami) akan kesana.

2 ulasan:

azlanlin berkata...

:: Saat-saat syahdu sebegini mmg akan teringat orang yang disayangi khususnya yang telah pergi menemuiNya..

:: Selamat Hari Raya daripada kami sekleuarga..

Kunang-Kunang berkata...

Selamat Hari Raya juga untuk saudara azlanlin sekeluarga.