Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 3 September 2009

Sahabat Lama

Aku di Dungun ni. Rancangnya besok akan bergerak balik ke Shah Alam.

Semalam aku ke Kuala Terengganu. Tiba-tiba teringat kepada seorang sahabat lama. Sahabat yang sama-sama belajar di ITM dulu. Dengar berita dia tak sihat sekarang. Ada masalah buah pinggang. Sayangnya akan tak ada nombor telefon dia. Macam mana aku nak berhubung dengan dia. Akhirnya aku teringat tempat terakhir dia bekerja. Mungkin disitu ada cara untuk aku menghubungi dia. Aku masih ingat nama kampongnya. Tapi aku dah lupa di mana rumahnya. Maklumlah Terengganu sekarang dah banyak berubah.

Aku hubungi pejabat lamanya melalui nombor telefon lama dia. Nasib penyebelahi aku, di pejabat lama tu ada menyimpan no telefonnya. Aku hubungi dia, terdengar suara dia menjawab. Aduh gembiranya aku. Tapi sayang dia dah tak cam suara aku. Dia tanya saper ni. Terpaksalah kenalkan diri.

Akhirnya kami berjanji akan berjumpa di satu tempat bukan di rumahnya, kerana kebetulan dia terpaksa keluar untuk kesuatu tempat. Tempatnya ialah di salah satu Pusat Dialisis.

Aku dan hasben tiba ditempat tu tepat pada masa yang dijanjikan. Tiba di Pusat Dialisis tu suami dia dah menunggu di sana. Wah dah berubah wajahnya. Yerlah kami dah tua. Rupanya dah lebih 10 tahun kami tak berjumpa.

Di dalam Pusat tu aku tengok sederet pesakit-pesakit sedang menjalani dialisis. Mereka nampak segar bugar dan boleh gelak-gelak. Tapi yerlah kita nampak pada zahirnya sahaja. Aku terus ke tempat kawan aku menjalani dialisis. Dia tak banyak berubah. Cuma aku sedih tengok dia sakit. Rupanya dah 6 tahun dia menjalani dialisis. Katanya dalam menjalani dialisis dia tidak selalu sihat. Kadang-kadang pitam, dan kadang-kadang kena krem kaki. Itulah sebabnya suami dia akan tunggu dia ketika menjalani dialisis. Walaupun terpaksa menunggu 4 jam untuk satu sesi.

Kami bercerita panjang. Rupanya dia tahu tentang anak aku yang meninggal tu. Dia minta maaf sebab menyebut hal itu. Aku kata tak aper. Sekarang aku dah boleh bercerita mengenai peristiwa itu. Itu takdir Allah dalam perjalanan hidup ku.

Dia kata dia bersyukur walaupun terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu tapi dia masih mampu ke sana ke mari. Kalau orang yang kena strok lagi kesian. Aku mengeyakannya. Kita kena fikirkan orang yang lebih teruk dari kita, kalau tidak kita akan bersedih. Bersedih tidak akan bawa kita ke mana-mana. Hidup ini mesti diteruskan kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup.

Aku menghabiskan masa 2 jam bersama dia. Aku cuba tidak menunjukkan sedih walaupun dia beberapa kali mengesat air mata ketika kami bercerita. Aku beredar dengan janji akan menghubungi dia lagi.

Selamat tinggal sahabat. Semoga kita jumpa lagi, InsyaAllah.

3 ulasan:

Sifu Mirza berkata...

salam kak...

inilah kehidupan...

dalam tawa ada tangisan...
dalam tangisan ada kedukaan...

hidup perlu terus...

kesakitan mendekatkan kita kepada tuhan...

:-)

selamat berbuka kak..

Kunang-Kunang berkata...

Nak cuba komen boleh atau tidak.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ramadahan Sifu.

Memang sedih bila bertemu dengan sahabat lama, wajah dan keadaan mereka tidak lagi serupa dengan wajah yang ada dalam ingatan kita.