Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 18 September 2009

Rumah Kecil Tiang Seribu

Rumah Kecil Tiang Seribu
Rumah Besar Tiang Sebatang
Masa Kecil Kau Ditimang Ibu
Dah Besar Kau ditimang Gelombang




Sedihnya hati ibu andai anak bersedih. Dari tapak kaki anak sebesar dua jari kata orang, doa tak pernah lepas dari mulut ibu semoga anak mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Ditimang dengan penuh kasih sayang agar tidak terdengar tangisan anak walau sedetik. Dibelai dengan penuh kasih sayang, nyamok sekor pun kalau boleh tak nak diberi gigit. Tak mahu anak menderita jiwa dan batin.

Apakan daya, masa beredar, si anak meningkat remaja dan dewasa. Keadaan sudah berubah. Ibu tidak dapat lagi melindungi terutama dalam soal perasaan dan hati anak-anak. Anak-anak membentuk kehidupan sendiri dalam mencari bahagia. Betapa sedih dan hancurnya hati seorang ibu seandainya mengetahui anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang telah tewas dan terguris hatinya dalam menempoh gelombang kehidupan. Selain doa dan semangat tak ada apa yang dapat seorang ibu membantu.

Itulah gelombang kehidupan. Pandai-pandailah mendayung dalam menempoh gelombang hidup semoga diri tidak lemas dan tengelam dalam menuju pulau kebahagian. Andai kau jatuh, bangunlah berdiri kembali, kejarlah kehidupan ini semoga kau temui sorga dunia dan sorga akhirat.

4 ulasan:

Sifu Mirza berkata...

salam aidil fitri buat kak wan & famili...

:-)

Kunang-Kunang berkata...

Sama-sama sifu. Kak hanim juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada sifu.

en_me berkata...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerr.. ehehe, salamm aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhannns wat akak wan ittewww..

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih En_me. Lama Kak hanim tak jengok rumah ni. Maklumlah sebok rayalah konon.