Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 8 September 2009

Muara Kuala Dungun

Muara Dungun Airnya Biru
Perahu nelayan berbaris-baris
Jambatan Baru megah membelahi
Kepala bingung jiwa terharu
Bila Terkenang hati menangis
Sudah suratan takdir Ilahi


Baru-baru ni aku dan hasben balik ke Dungun selama 3 hari. Balik ke sana untuk sama-sama berbuka puasa dan lain-lain tugas bersama adik beradik dan saudara mara. Aku begitu rindukan kuih muih tradisi Terengganu. Sebab tulah setiap kali bulan puasa kalau tak ada aral kami sekeluarga akan balik ke dungun. Sekarang kami balik berdua saja sebab anak-anak dah besar dan ada hal masing-masing.

Seperti biasa, bila di kampong ketika lapang, kami akan berkereta di sepanjang pantai di Teluk Lipat atau di sepanjang sungai dungun. Sekarang untuk menyeberangi sungai dungun tidak perlu lagi berperahu. Sebelum jambatan ni di bina kalau hendak ke kampong seberang melalui sungai kita kena naik bot atau perahu.





Gambar menunjukkan jambatan baru yang merentangi sungai dungun yang baru siap pada tahun lepas.

Seronok tengok cantikan persekitaran sungai dungun sekarang.









Dikampong seberang terdapat pantai-pantai yang cantik untuk dijadikan kawasan perkelahan.





8 ulasan:

fzi berkata...

Salam kak ani..

seronoknya dapat menikmati suasana pemandangan yang sebegini...cantik pemandangan sungai ni kak ani... rasa tenang hati dan lapang fikiran :)

Kunang-Kunang berkata...

Itulah fzi, tiap kali balik ke sana mesti saja-saja melalui kawasan ni.

pakndak berkata...

teringat zaman masa belajar di kusza dulu..

Kunang-Kunang berkata...

Oh pakndak bekas pelajar Kusza. Dulu selalu juga ke Kusza sebab adik ipar menjadi Penyelia Asrama Pelajar Wanita di situ. Sekarang setelah kawin dia berpindah dan tinggal di kawasan berhampiran.

Dia masih mengajar di Kusza.

k hanim

azlanlin berkata...

Begitulah kehidupan di perantauan, langkah disusun, onak direntasi demi visi kerjaya dan keluarga.

Walau bagaimanapun, sesekali pulang ke lubuk, pastinya imbauan memori lama akan menjengah di minda. Dengan situasi dan pembaharuan yang ada, kita kagum dan pasrah...

Gitulah seadanya selagi bernama hidup perantau.. buat sikit selingan lagu 'dendang perantau' sempena nak raya ni. Hehehhe

Selamat Hari raya

Kunang-Kunang berkata...

Yerlah saudara Azlan "Dendang perantau" masih segar diingatan dan iramanya masih meremangkan bulu roma bila mendengarnya.

Selamat hariraya juga saya ucapkan kepada saudara Azlan sekeluarga.

en_me berkata...

nyaman damainyerrrr.. ehehe, salam 7 likur akak kunang kunang ittewww

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih En_me

k hanim