Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 6 September 2009

Mencari Lailatul Qadar


Gambar di atas ini aku ambik dari NasyidFM.

Bulan Ramadahan bulan diturunkan Lailatul Qadar

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar."(surah Qadr:1-5)

Memandangkan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar menjadikan aku juga sama-sama ingin sama-sama bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Begitu cepat rasanya hari berjalan, hari ni dah 16 Ramadhan. Seperti umat-umat islam yang lain aku juga tertanya-tanya bilakah berlakunya lailatul qadar. Rasulullah SAW ada bersabda:

"Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017.)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut:
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).


Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita mengerjakan amal ibadat kepadaNYA kerana fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Mudah-mudahan dengan itu Allah SWT meluaskan rahmat-Nya kepada kita semua dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

2 ulasan:

pakndak berkata...

Amin ya Rabb. semoga kita insanNya yang terpilih

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah Pakndak.