Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 29 September 2009

Aidilfitri Di Putrajaya

Di hari kedua, selepas ada dua keluarga anak saudara yang datang beraya, petangnya kami ke Putrajaya. Pelikkan. Bukan kerumah sapa-sapa tapi ke Masjid Putrajaya. Kemana lagi kami nak pergi, adik-beradik semua balik kampong pasangan masing-masing.

Tiba berhampiran Masjid Putrajaya, kedengaran Azan Maghrib. Dapatlah kami berjumaah sholat Maghrib di situ. Ketika di persekitaran Masjid ini dan di dalam Masjid itu sendiri kami merasakan seolah-olah kami bukan di Malaysia. Mana taknya persekitaran Masjid dipenuhi dengan orang dari benua arab, ada yang berjubah hitam, ada yang pakai jeans (yang muda). Anak-anak kecil orang-orang arab berlarian kesana kemari. Kata Salam "Mama macam kita di Jedah pulak". Orang malaysia jadi puak minoriti.





Maghrib di persekitaran Masjid Putrajaya



Jalan menuju dewan sholat.





Di luar persekitaran Masjid selepas sholat maghrib. Yang berjubah gelap dan yang berdiri-diri tu adalah orang arab ataupun negara bersekitarannya.



Sakinah kena pakai Jubah sebelum masuk Masjid sebab dia pakai jeans. Bukan jeans saja, aku perhatikan wanita-wanita yang memakai seluar dan baju paras lutut pun kena pakai jubah.





Keluar dari Masjid kami menuju ke Alamanda untuk makan-makan. Ramai juga orang di Alamanda ni walaupun hari raya.

8 ulasan:

INTAN RH berkata...

Salam kak hanim, sy pun terjah ke masjid putrajaya seminggu sblm raya :). Kad raya dah tima lum?

Maaf zahir & batin ye kak.

Tanpa Nama berkata...

Salam aidil fitri kak.
bila lagi nak bersama2 di alamanda tu lagi yer :)
tanak wat open house ke kak hehehe.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, kad raya dah terima, terima kasih atas ingatan intan tu.

k hanim

Kunang-Kunang berkata...

Rasanya tak buat open house agaknya secara rasmi, tapi sentiasa terbuka untuk raya.

Datanglah rumah bila free.

k hanim

en_me berkata...

akak tak tengok lagik masa zaman pembinaan masjid putra ittewww.. suar pendek jer apek apek yg wat keje tewww.. ahaks

fzi berkata...

Sala kak ani...
Kembali bersiaran kita...hehe
Raya saya tak balik kelate... anak pekse...kena berkorban le bila anak2 dah besar ni...dulu masa kecik diaorang ikut jadual kita...now kena ikut schedule diaorang pulak :)

Kak ani jemput datang beraya...rumah saya di Bukit Beruntung..

Kunang-Kunang berkata...

En_me, itulah dia. Apa nak buat, kenalah ikut peraturan.

Di Masjidilharam atau Masjid Nabawi tak pulak dilarang pakai seluar bagi perempuan (seluar luaran), janji tutup aurat.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumusaalam fzi. Itulah juga sebanya yang akak tak balik dungun tahun ni. Dua2 anak yang masih belajar tu sorang exam 1st semester (last paper 5 Okt.) yang sorang exam 2nd semester (exam bermula 5 Okt.)

Rasanya nak balik jugak, mungkin selepas mereka exam.