Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 3 Ogos 2009

Wabak H1N1

Tengahari tadi sakinah demam balik. Aku tak sedap hati. Kesudahannya lebih kurang pukul 2 petang aku bawa sakinah ke Shah Alam Medical Hospital untuk mengambil ubat dan kalau boleh aku nak buat test H1N1 untuk dia. Bimbanglah. Tiba di SALAM doktor ambik suhu badannya, memang demamnya masih ada. Batuk dah berkurangan. Cuma selsema dan demam masih ada. Memandangkan dia dah demam selama 4 hari, Doktor cadangkan sakinah buat test darah.

Kami menunggu keputusan blood test bersama 2 orang lagi pesakit yang juga dikenakan membuat ujian darah. Aku perhatikan staf-staf hospital memang memakai topeng tutup hidung dan mulut. Ada juga sesetengah pesakit menggunakannya.

Lebih kurang jam 3.00 petang datang dua tiga orang pemuda india membawa kawannya ke bahagian kecemasan ditempat kami menunggu. Pemuda yang dibawa tu nampak macam teruk sangat. Mata pun dah tak larat nak buka.Aku tengok doktor pakar dan doktor bertugas disitu tergesa2 masuk ke bilik rawatan. Tak lama lepas tu, kami semua diberi topeng menutup mulut sorang satu dan diwajibkan memakainya. Rupa-rupanya pemuda itu suspect H1N1. Kesian, nampak macam teruk, dah tak boleh berjalan sendiri. Mata pun pejam jer. Keluarganya juga tiba tak berapa lama selepas tu. Aku tengok ada ambulan datang, dari percakapan orang-orang hospital kepada keluarga pesakit tu aku dengar mereka kata nak dihantar ker Hospital Sungai Buluh. Semoga pemuda itu survive.

Sebaik sahaja ambulan tu bergerak aku nampak pencuci-pencuci di hospital tu terus membersihkan area berkenaan, siap spray lagi. Masa tu aku dan sakinah masih menunggu ujian darah yang dibuat. Lama sungguh kami menunggu sehingga hampir jam 5.45 petang baru sakinah dipanggil ke Bilik doktor semula. Keputusan darah sakinah normal. Dia demam virus saja. Doktor bagi MC. Kebetulan doktor di PPUM pun dah beri MC pada sakinah untuk 3 dan 4 Ogos. Aku sangat bersyukur pada Allah. Terlepas satu keresahan di hati aku ni.

Balik rumah nampak abah sakinah dah boleh berjalan melepaskan tongkat walaupun masih berpaut pada dinding untuk ke Bilik Air. Mudah-mudahan esok akan bertambah baik.

9 ulasan:

IKRAB family berkata...

syafakillah Sakinah
syafakallah, abg Osman
moga akak juga sihat ceria bersama ahli keluarga.Amiin.

p/s: sian pemuda india tu. dpt merasai apa yg dirasai dirinya dan juga keluarganya.moga beliau cepat sembuh.

p.crayon.

Ms Diamond berkata...

Kak Hanim, dah bc message kak dlm odc. Kak klik la kat username sy ni dan kak akan jmpa sy :)

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima. Doakan akak tabah yer.

Kunang-Kunang berkata...

Ms Diamond terima kasih terima akak di rumah baru tu. Cantiknya.

yginsaf4 berkata...

salamm akak hanim, abah sakinah sakit aper erk..

yginsaf4 berkata...

oke akak hanim, me dh tau, abah sakinah tu sakit gout kann..

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumsalam En me. Yer, abah sakinah kena gout, tapi gout dia dah tahap teruklah. Kerana terlalu lama ambik pain killer. Kidney dia slow sikit fungsinya. Sekarang ni dah 4 hari tak bergerak cergas. Doktor suruh masuk wad dia tak nak. Baring jerlah. Sholat pun duduk di kerusi.

Sekarang kena hati-hati ambik ubat yang ditentukan oleh pakar saja. Tak berani dah ambik di klinik atau beli di farmasi.

nenek berkata...

Semoga Allah berikan abg othman kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini...Amin

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah Dib. Nampaknya dia adalah perubahan sekarang, berjalan pun dah boleh tegap sikit.