Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani Pulang Ke Rahmatullah



Alfatihah untuk roh Ustaz Asri vokalis utama kumpulan Rabbani.

Dapat berita ni ketika dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur menuju Shah Alam, aku dengar DJ disalah satu stesyen radio beritahu bahawa Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia lebih kurang jam 11.00 pagi tadi.

Suka mendengar zikir-zikir persembahan beliau khasnya dan kumpulan rabbani amnya yang sering dimainkan diradio dan tv. Lagu nasyid Rabbani 'Pergi Tak Kembali' sangat menginsafkan.

Kita juga akan kembali bila tiba masanya.

2 ulasan:

Ms Diamond berkata...

Pagi tadi sempat tgk berita kat tv1 jap, sempat la tgk acara pengebumian arwah. Cuma respek kat isteri arwah, nampak sangat tenang.

Kunang-Kunang berkata...

Ms Diamond, kata seorang teman, isteri arwah memang seorang yang tabah.

Di tanah perkuburan ini jugalah anak kak hanim bersemadi. Sebenarnya semalam sebagaimana kak hanim kata 'dengar berita semasa dalam perjalanan dari kl ke shah alam' itu sebenar kak hanim dalam perjalanan untuk ke pusara anak kak hanim.

InsyaAllah bila ke sana nanti, akak akan ziarah juga pusara beliau.