Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 3 Ogos 2009

Tabahkah Aku



Pagi ni tak semena-mena aku rasa sedih dan nak menangis. Akhirnya air mata aku tumpah juga ketika aku bersendirian. Aku rasa berat sangat penanggungan di hati ni. Aku tak boleh bercerita pada sesiapa di rumah ini kerana mereka semua ramai yang tak sihat. Aku pun sebenarnya bukanlah kuat sangat tapi aku terpaksa kuat selagi aku boleh berdiri.

Hasben aku dah 2 hari tumbang. Gout dia menyerang balik. Langgar pantang. Apa nak buat, kadang-kadang senang kita menyuruh orang berpantang tapi orang yang menanggungnya kena betul-betul kuat semangat. Memandangkan goutnya dah pada peringkat teruk, doktor tak beri dia makan ayam, daging waima ikan. Cuma dia boleh makan sayur yang direbus bersama roti atau semangkuk nasi. Kata doktor memandangkan dia pun dah ada masalah dengan jantung dan buah pinggang, dia kena serius dalam menjaga dietnya.

Tiap-tiap hari aku masakkan sup sayur untuk dia. Sedih aku tengok dia makan. Aku tahu dia tak kenyang. Maklumlah selalunya dia memang berselera makan dengan lauk yang belbagai. Sekarang kena bertahan. Aku tahu dia lapar. Terpaksalah buat minuman panas supaya dia boleh makan dengan biskut.

Tadi dalam diam mengalir air mata aku melihat dia berjalan menuju bilik air dengan mengguna tongkat berkaki empat kepunyaan arwah mak aku dulu. Terhenjut-henjut dan mengambil masa yang lama untuk tiba di bilik air yang juga terletak dalam bilik tidur. Beberapa kali dia 'terlepas' kerana tak sempat sampai. Sayu rasanya tengok badannya yang berisi dulu dah makin mengecil (itu memang sepatutnyalah). Tulah bila dia nak makan makanan yang sepatutnya dia tak boleh makan, aku tak sampai hati, aku beri juga. Tapi akibatnya inilah penanggungan dia.

Kebetulan ubat gout dia dah habis, dia tak boleh makan pain killer sebarangan sebab dia dah ada masalah buah pinggag sedikit. Jadi pagi-pagi lagi tadi sebelum pukul 7 pagi aku dah suruh anak aku ambik ubat gout abahnya di Salam Medical Centre. Nasib baik dia orang beri tanpa suami aku pegi sebab dah tak boleh berjalan. Bila dah boleh berjalan nanti, kenalah jumpa doktor lagi. Sekarang ni ulang alik ke hospital PPUM dan Salam Medical Centre dah tahu berapa kali sebulan.

Sakinah juga sedang demam dah 4 hari. Dia balik dari tempat dia belajar. Pagi semalam dah bawa dia ke PPUM untuk screening H1N1 takut juga. Tapi doktor kata tak ada tanda-tanda, kalau demam lagi dalam masa dua hari ni, sakinah kena ke PPUM lagi. Tapi sekarang Alhamdulillah nampaknya dah kebah demam.

Zulaikha anak aku yang sulung pun sedang demam dah seminggu, masih MC hingga kehari ini. Dia demam, sakit kepala, dah buat blood test. Resultnya - Virus.

Agaknya itulah sebabnya hati ini rasa sedih. Tapi aku kena tabahkan hati. Sebenarnya aku sendiri pun bukan sehat sangat. Sakit lutut ni makin menjadi-jadi. Tapi aku diamkan sajerlah. Tak beritahu mereka kerana mereka sendiri pun tak sihat, biarlah aku tanggung sendiri selagi boleh bertahan. Tak tahulah berapa lama. Semoga Allah berikan aku kesihatan yang baik dan kekuatan menanggung semua ini.

7 ulasan:

Ms Diamond berkata...

Salam Kak Hani, kesiannya asben kak. Tumpang simpati. Kak cuba tgk link kat bawah ni, mn tau ada info berguna.

http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=gout-bm.htm

fzi berkata...

Kak ani...
hati saya selalu tersentuh baca citer kak ani... selalu citer kak ani sampai kat saya..masuk dalam hati... sabar k kak ani..

IKRAB family berkata...

salamun alaik kak.moga Rahmat Allah sentiasa bersama akak sekeluarga, sihat semula dan ceria seperti selalu. Amiin. Sabar ye kak.Doa kami semua sentiasa bersama akak.

p.carayon

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ms Diamond, terima kasih sudi singgah di blog akak ni. Insyaallah akak akan jengok web tu.

Kunang-Kunang berkata...

Salam fzi. Terima kasih sudi baca curahan hati akak ni. InsyaAllah sekarang akak dah belajar bersabar yang sangat2 dalam menghadapi dugaan hidup tapi kadang2 terduduk juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam shima.

Terima kasih atas doa2 shima dan sahabat2 semua. Doa yang sangat diharapkan oleh kak ani ketika kesedihan melanda hati.

nenek berkata...

Kak ani memang tabah dan cukup tabah...Alhamdulillah Allah berikan kita kesihatan dan kekuatan untuk kita berbakti pada keluarga yang amat kita kasihi..