Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Ogos 2009

Nostalgia




Beberapa hari lepas terdengar lagu "Sayang Jangan Mengenang" nyanyian Dayangku Aminah iaitu seorang penyanyi 60an berasal dari Brunei dari FM Klasik. Sayangnya bila dicari tak ada pulak lagu ni dinyanyi oleh Dayangku Aminah tapi dinyanyikan oleh Fatimah M. Amin.

Lagu mengimbau mengimbau kembali kezaman semasa belajar di ITM Shah Alam dahulu. Antara kawan2 Brunei ketika itu termasuk penyanyi ini. Hingga sekarang, ada di antaranya yang kami masih berhubung. Mereka datang ke rumah bila ke Malaysia ni. Cuma aku jer tak tau bila nak ke sana. Janji tetap tinggal janji.

Masa kerja kahwin Dzulkarnain dulu pun kawan-kawan ni ada datang. Mereka ni dah jadi orang besar di negara mereka, gelaran pun dah berubah, kalau dulu Awangku/dayangku sekarang dah jadi Pengiran. Tapi Alhamdulillah mereka ni masih seperti dulu. Masih meminta kami memanggil mereka sebagaimana mana di ITM dulu.

Zaman aku di ITM dulu jugalah Zahid Ibrahim (sekarang Dato') menjadi Presiden PSITM. Tapi masa tu Zahid ni jauh lebih seniorlah dari aku. Lepas tu aku sempat juga bila Ibrahim Ali jadi Presiden PSITM. Masa tulah kami malam-malam kalau kami tak ada kelas selalu berkumpul di Speaker Corner untuk mendengar ceramah Dato' Sri Anuwar Ibrahim. Isi ceramah lebih kurang sekaranglah. Cuma isunya saja berlainan mengikut isu semasa.

Di ITM masa tu kami diberi makan roti lebih banyak dari nasi. Untuk Sarapan pagi boleh dikatakan tiap-tiap hari kami makan roti dan telur separuh masak. Tengahari roti dan lauk atau mee hoon goreng ataupun nasi goreng. Malam barulah kami diberikan nasi. Cuma pada hari Ahad kami dihidangkan nasi lemak sebagai breakfast, nasi minyak untuk hidangan tengahari dan malam juga dapat nasi. Begitulah setiap hari. Nak masuk dewan makan mesti berpakaian lengkap tak boleh pakai seluar (bagi perempuan)tapi mini skirt boleh, he he apa nak buat zaman jahiliah.

Masa zaman tulah kami pelajar ITM buat demonstrasi pada pihak Pentadbiran beritahu mereka kami nak makan nasi waktu tengahari dan malam. Hasilnya pelajar-pelajar selepas itu dapatlah makan nasi walaupun mereka komplen nasi lauk tak sedap.

Masa tu kalau ada duit pun tak boleh beli apa-apa sebab kampus ITM Shah alam dikelilingi hutan getah. Kedai, nun di Seksyen 16. Jauh sangat, kena lintas ladang getah dan lintas jalan KL/Kelang tu. Paling seronok bila malam minggu dapat ke Pasar Malam di Kelang. Tapi kebanyakan dari kami golongan tak berduit. ITM beri kami RM15 sebulan untuk belanja. Mana yang mak bapa senang, tiap-tiap bulan adalah terima duit kiriman. Pada yang dari keluarga susah, seratus peratus bergantung kepada elaun bulanan tulah. Jadi apa yang ITM beri itulah yang kami telan, sedap tak sedap pun. Budak-budak sekarang untung sungguh. Semua boleh beli janji ada duit dalam tangan.

Bila dah bekerja, kebetulan ada hubungkait dengan Tan Sri Arshad, aku pernah tanya dia kenapa masa tu kami diberi makan roti, dia kata untuk mengelakkan pelajar mengantuk bila ada kuliah petang dan yang paling mustahak nak ubah corak hidup dan pemikiran pelajar ITM masa tu yang majoritinya datang dari kawasan luar bandar.

8 ulasan:

Az berkata...

Akak pun teringat2 zaman dulu2 ye...
Sama la dengan saya sekarang.
Kalau Ramadhan je memang mengimbau2...
Bazar ramadhan sec 2 ada kan?
Penah singgah situ dulu..

Tanpa Nama berkata...

seronok baca kisah akak dulu2 tu. teringat juga masa belajar2. kat univ dulu kami beli mknn di kantin.bila dah kaki panjang sekgt mulalah beli mknn kat luar hostel.
masa kat sekolah asrama di penang dulu, mkn pagi hari2 roti dgn telur rebus...kadang2 je nasi lemak,nasi goreng. sekg ni kadang2 teringin jugak nak mkn mcm tu ... telur rebus stgh msk mkn dgn kicap :)
p.c.

INTAN RH berkata...

Salam kak, budak2 sekrg dpt byk kemudahan, mkn pun sedap2 tapi msh byk komplen..huhuhu.

Ramai ye kwn2 kak yg dh jd pemes gitu.. :)

phalla berkata...

Hello your site is great, I am happy to be here with friends here, could you exchange my link?
I hope you could put my site in to your blog list and
I will do the same,,
here is my site

http://khmerlovenews.blogspot.com/
Phalla
Cheer

Kunang-Kunang berkata...

Az, terkial-kial akak dengan templet baru ni. Nasib baik fzi beriahu kalau tidak masih tak tau yang kawan2 ak boleh tinggalkan komen. Harap2 sekaran dah ok.

Seronok bila mengenangkan kisah-kisah lama. Raya balik mana Az

Kunang-Kunang berkata...

Shima, akak dulu, telur separuh masak, campur kicap, lepas tu cicah dengan roti yang dah disapu margerin.

Macam2 cara cuba nak menyedapkan benda yang terpaksa di makan hari2.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, rasa tak boleh disebut kawan cuma seangkatan.

Mereka dah tak kenal kita pun apa lagi nak ingat. So happen masa tu mereka pemimpin pelajar kita kenallah, bertegur sekali sekala.

Tapi seronok juga tahu perjalanan hidup mereka sekarang ni. Banyak budak ITM zaman akak jadi 'big2 gitu'. Maklum masa tu bermulanya mendidik orang-orang melayu dalam bidang profesyenal.

Kunang-Kunang berkata...

Dear phalal,thank you for visiting my blog but since my blog is written in Bahasa Malaysia (my national language) could you understand it.