Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 10 Ogos 2009

Ku Sangka Petrol Rupanya Disel

Hampir 10 hari hasben aku tersiksa kerana gout dan tak dapat kemana-mana. Pagi Ahad semalam merupakan hari pertama dia keluar rumah selain ke hospital. Jadi kami ke Restoran Azira untuk makan lempeng kelapa sebagai breakfast kami pagi tu.

Aku suka ke Restoran Azira di Seksyen 10 ni sebab di situ ada dijual lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng ubi dan roti jala. Selain nasi lemak dan kuih muih, mee rebus Johor dan laksa Johor pun ada dijual sebagai sarapan pagi. Aku perhatikan pengunjung Restoran ni terdiri dari gulungan yang sewaktu dengan aku. Orang-orang yang dekat nak pencen atau dah pencen. Yerlah budak-budak sekarang mana reti makan lempeng. Budak-budak lepas merdeka, mereka kenal piza, burger, dan lain-lain mengikut selera semasa.

Lepas sarapan sebelum balik ke rumah pusing-pusing dulu di area seksyen-seksyen sebelah masjid negeri. Saja-saja ambik angin. Kami lalu ikut tasek Shah Alam, melintasi Masjid Negeri dan area-area situ sehingga pasar seksyen 6. Hasben aku beritahu kereta dah tak banyak minyak, dia nak isi minyak. Kami singgahlah di stesyen minyak Petronas di Seksyen 6. Lepas isi minyak kami bergerak untuk pulang kerumah.

Tapi sebaik keluar dari simpang stesyen Petronas tu tak sampai setengah kilo meter, kereta buat hal, tersengok-sengok macam minyak tak sampai. Hasben aku sempat parking di tepi jalan berdekatan Pasar Seksyen 6. Selepas dicuba hidupkan kereta tu beberapa kali tapi tak berjaya, dia telefon mekanik yang selalu repair kereta kami kalau ada hal.

Bila mekanik sampai dan start kereta tu, kami tengok asap putih brkepol-kepol keluar dari ekszos dimana sebelum ini tidak begitu. Mekanik tu kata mungkin hasben aku tersilap isi minyak disel bukan petrol. Rasa tak mungkin sebab aku pun tengok hasben aku isi minyak petrol. Untuk pengesahan hasben aku pergi balik ke stesyen Petronas tadi menumpang kereta mekanik tu.

Selepas hasben aku pegi tak lama, datang seorang wanita bertanya pada aku, adakah aku isi minyak di stesyen Petronas tu, aku kata yer, dia kata kereta dia pun rosak tak berapa jauh dari kereta aku, dia kata mekanik kata dia silap isi disel dalam tangki minyak kereta dia.

Tak berapa lama lepas tu datang seorang lelaki bertanya hal yang sama dan dia kata kereta dia juga rosak tiba-tiba di kawasan berhampiran. Aku telefonlah hasben aku, dia kata dia dah ada di stesyen tu. Rupa-rupanyanya ramai lagi yang kena. Tuan punya stesyen tu pun baru perasan rupanya lori yang isikan minyak ke dalam tangki minyak di stesyennya pagi tadi telah tersilap isi. Tangki petrol telah diisi dengan disel.

Semua tuan kereta yang menjadi mangsa dijanjikan akan dibayar ganti rugi dan kereta akan dibuat apa yang sepatutnya. Aku balik ke rumah bila anak aku datang jemput. Hasben aku tinggal di stesyen tu tunggu keretanya siap. Agak tengahari baru hasben aku balik. Dia kata kereta aku siap dibersihkan injin dan tangki. Lebih dari 15 buah kereta yang kena termasuk kereta polis. He he apa nak buat, tak pernah terjadi sepanjang menjalani hidup. Dalam berhati-hati terkena juga secara tak sengaja. Salah siapa.

4 ulasan:

- jinggo - berkata...

saya pun terkena juga.kat syah alam - tapi tak ingat kat mana...
tapi cerita berbeza.
pagi - awal pagi.isi minyak.mat bangla tu tersalah isi....................

alahai.

Ms Diamond berkata...

Teruk jugek ye kak klu kena mcm tu. Tapi bagus la tauke pam minyak tu janji nak bayo ganti rugi. Sy blm pernah terkena mcm ni lg, hrp2 tak terkena...huhuhu.

Kak, lempeng tu mcm sedap jek. Nanti gi sana nak try la gi seksyen 10 tu :).

Kunang-Kunang berkata...

Itulah saudara Jinggo kata orang kalau nak kena tu macam2 cara.

Kunang-Kunang berkata...

Ms Diamond, seksyen 10 tu tak jauh dari concord hotel.

Kalau datang shah alam sebelah pagi bolehlah cuba breakfast kat situ.