Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 12 Ogos 2009

Gula Oh Gula

Dari minggu lepas aku nak beli gula dibeberapa kedai yang berhampiran dengan rumah, tapi jawapannya sama, gula tak ada. Sebenarnya aku bukan nak banyak sangat gula. Nak beli sekilo saja. Sekilo tu pun boleh tahan beberapa minggu, sebab kat rumah ni tak berapa minum air manis. Sungguhpun begitu dah dekat nak puasa ni naklah juga gula barang sekilo dua.

Di Giant kata anak aku dihad jualannya. Aku belum ke Giant lagi cuma cari di kedai berdekatan sahaja. Pada sapa-sapa yang banyak menggunakan gula mesti susah hati dengan ketiadaan gula.

Dalam akhbar Utusan hari ni kata, ketiadaan gula akan pulih minggu ini. Betul ker. sama-sama kita tunggu

6 ulasan:

fzi berkata...

kak ani..saya salah sorang yang susah hati betul dengan payahnya nak dapat gula skarang ni...order kueh raya tengah masuk sedangkan bekalan gula makin kurang kat umah..minggu lepas dapat jugak le saya dan suami beli 2kg sorang(beratur kaunter asing2 kat pasaraya yang hadkan beli 2kg sorang je), minggu ni sekilo pun tak dapat kat mana2...ishk risaunyerr....

yginsaf4 berkata...

tungguuuu..

nenek berkata...

Minggu lepas nenek pergi Giant Alor Setar - ambik 10kg gula...gi kaunter nak bayar, dia bgtau dihadkan sorang 3kg saja...nenek tanya dia, ada tak tulis kat mana2 ttg itu? Dia terus jawab...takper saya pecah resit...

Makanya..dapatlah nenek bawak balik 10kg tu...hehe

Kat Alor Setar ni taklah payah sgt...walaupun dihadkan tapi bila2 masa pun boleh dapat...

Kunang-Kunang berkata...

Banyaknya dib beli gula.

Alhamdulillah kalau macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

fzi, saya baru-baru susah nak dapat gula, akak beli brown sugar. Berdosa betul orang yang sorok gula ni kan.

Semoga apa yang Kerajaan kata tu betul, masalah gula boleh selesai dalam minggu ni.

Kunang-Kunang berkata...

En-me, sama-samalah kita tunggu.