Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 22 Julai 2009

Teluk Lipat Kini

Tiap kali balik kampong, aku mesti ke Pantai teluk Lipat. Dulu Rumah aku di Kampong Teluk Lipat. Tapi selepas sekolah menengah kami pindah tinggal dikampong yang jauh sikit dari Pantai Teluk Lipat tu.

Balik baru-baru ni aku pegi juga ke sana, tengok laut, tengok ombak.







Pemandangan Pantai Teluk Lipat disatu petang selepas hujan. Gambar-gambar ni aku snap masa balik baru-baru ni.

6 ulasan:

- jinggo - berkata...

cantiknya kampung + nama kg lagi cantik
kenapa kg tu kena lipat...
he....saya sedang berfikir...
kenapa.

Purple Crayon berkata...

tenang suasana dlm gmbr tu.nampak gaya angin pantai kat situ kuat tu ye kak.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara jinggo,
Dinamakan Teluk Lipat mungkin kerana pantainya berliku2. Masa akak kecil2 dulu pantainya masih boleh mandi manda. Sekarang tidak dibenarkan lagi sebab pantainya bercerun dan merbahaya.

Jadi bila kesana hanya untuk menikmati keindahan alamnya dan menikmati keropok lekor goreng, ikan goreng, sorong goreng celup tepong serta sata dan otak-otak.

Kunang-Kunang berkata...

shima,

Masa gambar ni diambil airnya bukan bewarna biru tapi bewarna kelabu mungkin kerana langitnya berwarna begitu selepas hujan.

Kalau airnya tenang pun tak berani nak mandi manda. Merbahaya.

Purple Crayon berkata...

ye kak. tenang mata memandang si air yg berkilauan namun tak pasti tiada ombak besar ;)
sedapnye sata lama tak makan. kat primula aritu tadak sata kan kak tp dpt nasi dagang dan kepok lekor tuh dah besttt sgttt :)

Kunang-Kunang berkata...

Shima, rasanya diprimula hari tu memang tak ada sata dalam menunya. Satu ni di Kuala Kemaman pun ada jual. Sedap juga.

Otak-otak terengganu lain dari otak-otak yang biasa kita makan di sini. Otak2 terengganu didalam daun kelapa tu ada ikan yang disalut dengan kelapa giling, rempah dan cili. Sedap.......