Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 22 Julai 2009

Senangnya Minta Cerai...............

Petang tadi tiba-tiba aku rasa nak telefon adik aku di Puchong bertanya khabar. Aku pun tekan nombor telefon dia. Berbunyi, tapi orang belah sana tak jawab. Adalah lebih kurang 4 kali aku call.

Jadi aku telefon pulak adik ipar ku. Mereka dah lama tak datang kerumah. Masing-masing (maksud aku adik aku suami isteri) menguruskan hal sendiri. Adik ipar aku jawab panggilan aku. Aku tanya tentang adik aku, dia kata adik aku kerja. Sekarang ni susah nak nak jumpa dia, selalu tak ada kat rumah.

Kami bercerita khabar masing-masing, tiba2 adik ipar aku kata perkahwinan anak lelaki dia iaitu anak saudara aku sedang goyah dan ribut taufan sedang melanda. Katanya menantunya minta diceraikan. Punca perselisihan "cemburu" kerana anak saudara aku tu selalu balik lambat. Menurut kata anak saudara aku pulak, dia balik lambat kerana kerja. Tapi isterinya tak percaya.

Sebagai ibubapa memang kita susah hati bila rumahtangga anak kita jadi bergoyang. Kata adik ipar aku, anak saudara aku tu bersedia dah nak melafazkan .......... bila2 masa. Tapi adik aku suruh dia sabar dulu. Fikirkan anak yang seorang tu.

Belum apa-apa si isteri dah beritahu mak mertuanya (adik ipar aku tulah) yang jika bercerai, anak dia ambik, rumah pun dia ambik sebab nama dia. Aku sebenarnya dah lama geram dengan perihal rumahtangga anak saudara aku ni. Semua duit gajinya bini dia ambik semua. Tiap-tiap hari isterinya akan beri RM10.00 untuk belanja. Duit pada mak bapak tak payah beri. Kalau anak saudara aku beri gaji kurang dari biasa, siap bersoal jawab. Aku rasa anak saudara aku sebagai suami harus pandai mengemudikan rumahtangganya.

Wahai anak saudara ku dan isteri. Kenanglah saat manis masa kawin dulu. Alangkan aku maklong mu ni masih ingat peristiwa pegi ke Baling kenduri kau kawin. Balik dari Baling aku terbaring di wad 3 hari kerana demam panas terkena jangkitan kuman pada pundi kencing. Aku deman panas yang teruk. Disitu tidak ada kemudahan air bersih tapi air dibekalkan dari sungai berhampiran yang ditakung didalam sebuah kolah yang besar dan bila masuk ke kolah airnya masih kuning.

Moga-moga mereka berdua berdamailah semula.

Aduss aku dah ngantuk. Nak tidur dulu nanti esok aku cerita yer.

7 ulasan:

cik intan berkata...

Salam kak. Adakala pasangan tu hanya sesuai untuk berkawan, tidak berkawin. Namun, bila dah berkawin, toleransi dan persefahaman amat penting utk terus melayari rumahtangga. Derang patut kena kaunseling tu..

intanrh.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah intan yang ayah dia dok pujuk anaknya supaya bersabar. Jangan ikutkan sangat permintaan isterinya tu. Ayahnya suruh dia pegi kaunseling dulu. Tapi tak taulah, wife dia ni jenis keras hati sikit.

Mudah-mudahan perselisihan ini boleh selesai dengan baik.

MamaAliffAysraaf berkata...

Herannya, ada masalah sikit jer pun nak mintak cerai. Mungkin menantu adik akak tu ada niat ke arah itu sejak dulu lagi(penceraian), itu yg dia letak nama dia untuk rumah yg mereka diami itu.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Itulah shidah yang kita dok nak bincang dengan dia dan isteri minta dia berbincang elok2.

Sebenarnya dari masa bertunang lagi dah nampak ketidak sepakatan mereka ni. Tapi tulah budak2 sekarang kalau mak ayah bagi pendapat mereka tak terima tetap dengan keputusan mereka.

Purple Crayon berkata...

emmm....maaf kak, kadang2 masa bercinta tak kisah atau tak ternampak sesuatu yg patut diberi perhatian pd pasangan itu kan samada benar2 sesuai dan serasi untuk menjalinkan ikatan yg lebih kukuh, kata emosi diturut namun gerak hati tak tertafsir.moga mereke berdua diberi kekuatan dan pertolongan Allah dlm melalui ujian hidup berkeluarga ni.

Kunang-Kunang berkata...

Betul shima, sekarang ni menjadi ibubapa rasanya susah nak menentukan anak menantu yang kita inginkan.

Kalau kita tak ikut kehendak anak2, susah juga. Bimbang mereka kawin lari dan apa-apa lagi perkara yang mungkin berlaku. Mungkin kita kehilangan anak.

Kenapa susah nak dapat anak yang memahami kenapa ibubapa tidak setuju dengan pilihan mereka. Kita beri contoh, kita nampak agamanya kurang, dia kata besok kita boleh bentuk dia bila kawin. Jadi dari kehilangan anak, ibubapa terpaksa akur dengan kehendak anak sambil berdoa semoga mereka bahagia.