Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 18 Julai 2009

Membuat Aqiqah Untuk Kaisah

Rasulullah SAW bersabda :

Dari Samurah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “Setiap anak yang baru lahir tergadai (menjadi tanggungan) dengan aqiqahnya sampai disembelih (aqiqah) itu untuknya pada hari ketujuh, dicukur dan diberi nama.” (HR. Ahmad, Imam Empat dan Disahkan oleh At-Turmudzi).


Pada 5 Julai baru-baru ni Dzulkarnain telah melakukan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anak perempuannya Ain Nur Kaisah dengan membuat aqiqah anak sulungnya ini. Ketika itu usia Kaisah dah menjangkau 47 hari. Afdhalnya aqiqah dibuat pada usia si anak 7 hari tapi atas sesuatu sebab aqiqah untuk Kaisah tidak dapat dilakukan selepas 7 hari. Kami mengadakan sedikit kenduri kecil sempena mengerjakan aqiqah Kaisah. Disebabkan pada masa itu Kaisah dan ibunya berada di rumah datuk dan nenek mereka di Batu Kurau Taiping, jadi aqiqah itu pun dibuat disitu.





Tok Wan Kaisah dan saudara mara di sana sedang melapah daging aqiqah untuk dimasak sebelum dijamu dan diberikan kepada jiran-jiran dan saudara mara.

Memandangkan daging aqiqah sunat dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis jadi daging kambing tu kami masak kurmak. Daging aqiqah itu disunatkan masak sedikit manis bertujuannya untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.

Apa yang menarik dan susah dilihat di Shah Alam bahkan di kampong aku di dungun ialah semangat kerjasama dan gotong royong masyarakat di Batu Kurau ni masih kuat. Malah saudara mara dan jiran-jiran perempuan yang datang siap membawa pisau masing-masing. Jadi untuk menolong menyiang itu ini tak perlu minta pisau tuan rumah.







Inilah hidangan lauk untuk kenduri tengahari tu sempena membuat aqiqah untuk Kaisah.



Petang tu dijemput juga kumpulan marhaban dari kampong tu. Merdu suara para pembaca marhaban tu.

.

Ahli marhaban di sini taklah berpakaian sedondong seperti yang pernah kita lihat di bandar-bandar seperti shah alam dan lain-lain.

5 ulasan:

Purple Crayon berkata...

akak ke perak la yer. moga nur kaisah membesar menjadi anak solehah. amiin.

Kunang-Kunang berkata...

Akak ke Batu Kurau kerana Ain buak aqiqah Kaisah. Lepas tu kami ker dungun melalui grik. Tiba di sana bapa saudara hasben akak meninggal. Balik kesana kerana nak berjumpa dengan bapa saudara tu kerana isterinya meninggal hari tu tak dapat balik kerana hasben kak ani tak sini, tapi akhir nya melawat dia pulak.

INTAN RH berkata...

Mak sy pun aktif dgn group marhaban, derang dah ada 4 pasang baju yg kalernya sedondong.. :). Neway, seronok ye sesekali berjumpa dan makan2.

Purple Crayon berkata...

moga arwah pakcik akak dan isterinya ditempatkan bersama org2 yg soleh dan mendapat keampunan Ilahi. klu utara selalunya daging kambing aqiqah ada yg dimasak kurma.

intan, banyak tu baju marhaban mak aok. ni bleh jadi geng marhaban kebangsaan ni ;) aok tak join marhaban ke?

Kunang-Kunang berkata...

Di seksyen kak ani tinggal ni pun ada juga group marhaban dan baca yassin tapi kak ani tak join lagi.

Ada satu ketika dulu, jiran dekat rumah kak hanim ni buat cukur jambul anak dia. Kak ani dijemput sama. Rupa2nya dia panggil kumpulan marhaban bintang2 filem dan penyanyi2. Antaranya Azizah Muhammad (kebetulan tuan rumah anak saudara A. Rahman Hassan), Orchid Abdullah, Maria Arshad dan lain2 dah tak ingat.

Dalam hati berkatalah baguslah juga dia orang ni dah jadi warga emas tubuh kumpulan marhaban dan bacaan yassin.

Sayangnya perasaan tu goyah bila tertengok dalam satu forum gambar maria arshad pakai baju tali kecik jer macam tali bra sama naik dengan menantunya si sharifah shahira tu. Sedih tengok kenapa jadi macam tu ekkk.

Tak berani nak kata2 orang takut Allah balikkan hati kita pulak. Minta dijauhkan.