Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 8 Julai 2009

Kasih Sayang Hingga Ke Mati

Alfatihah



Terkedu, sedih, terperanjat. Tak tau aper perasaan sebenar dihati aku ketika menerima panggilan telefon dari adik ipar aku beritahu Abang Leh(AL) meninggal pagi tadi di rumah anak perempuannya di Chalok, Terengganu. Alftihah. Mereka ini adalah saudara terdekat sebelah hasben aku.

Aku dah 3 hari berada didungun ni. Kepulangan ke kampong yang tidak dirancang. Aku kesini melalui Gerik. Kebetulan hari sabtu lepas aku ke Taiping menghadiri kenduri aqiqah cucu aku tu (anak Dzulkarnain). Dan 45 hari usia dia masa tu. Dari Taiping kami meneruskan perjalanan ke dungun, terengganu. Kampong kami.

Setiba disini hajat yang tersemat dihati ingin berjumpa AL sebagai tanda simpati kami di atas pemergian isterinya Abang Dong (AD)(Orang Terengganu panggil kakak dengan panggilan Abang) ke rahmatullah lebih kurang 40 hari yang lalu. Aku dan hasben tak dapat balik menziarah arwah pada masa itu kerana hasben aku sendiri pun tidak sihat dan baru sahaja keluar dari hospital. Jadi balik kali ini kami berhajat sangatlah nak menemui beliau.

Tak tercapailah hajat kami mengunjungi AL kerana beliau telah terlebih dahulu menemui Penciptanya pagi tadi di rumah anak perempuannya di Chalok. Lebih kurang 44 hari peninggalan AB. Menurut ceritanya semenjak ketiadaan AB, AL selalu kelihatan murung dan bersedih. Maklum mereka ni sentiasa berdua-duaan kemana sahaja mereka pergi termasuklah ke masjid dan ketika menghadiri ceramah-ceramah agama serta kenduri kendara.

Pada pandangan kami mereka berdua merupakan pasangan yang romantis dan bahagia. Kedua-duanya berusia dalam linggungan awal 60 an. AB disahkan mengidap kanser usus. Kami semua mengetahui hal ini sekitar bulan Shawal tahun lepas. Semenjak itu AB keluar masuk hospital. AL begitu sedia menjaga AB yang sakit. Allah menentukan segalanya, pada awal bulan Mei baru-baru ni AB menghembuskan nafas terakhir disisi suami tercinta dan anak-anak tersayang. Pergilah seorang wanita yang banyak berjasa kepada insan-insan yang pernah menjadi murid-muridnya termasuk aku dan suami.

Jenazah AL akan dikebumikan hari ini juga sebaik tiba di dungun nanti. Semoga arwah AB dan AL dimasukkan ke dalam gulungan roh orang-orang yang solihin dan sodhigin. Amin.



Kesepian

4 ulasan:

Sifu Mirza berkata...

al fatihah utk abang leh...

moga roh beliau berada di kalangan org-org beriman di sisi Allah..

INTAN RH berkata...

Takziah utk abg Leh sekuaga.

Kunang-Kunang berkata...

Sifu Mirza,

Cerita AL amat menyedihkan selepas kematian AB. Dalam redha di atas pemergian isteri tersayang kemurungan terlalu menguasai diri.

Kesedihan sukar dibendung disamping diri sendiri sudah mengidapi penyakit2 lain.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, terima kasih. Menurut saudara2 trdekat keadaan beliau amat menyedihkan selepas ketiadaan isterinya.