Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 21 Julai 2009

Aduhai Tasik Banding - sambung

Ada orang kata, lalu dilebuhraya Gerik ni kadang-kadang terserempak dengan kumpulan gajah liar. Tapi kata mereka gajah-gajah tu sekarang dah bertamaddun sikit berbanding dulu. Cuma pesan mereka kita jangan hon bila terserempak dengan mereka. Takut dia terperanjat dan melatah. Nahas. Ada juga orang kata kadang-kadang gajah-gajah tu lepak di tepi lebuhraya.









Ini gambar tempat jeti awam. Gambar ni saya snap dari atas jambatan

Disinilah kami berhenti untuk berehat serta minum teh. Masa kami berenti tu waktu tengahari. Nasi campor juga ada dijual disini. Pemandangan sangat menyejukkan mata memandang. Subhanallah cantiknya ciptaan Tuhan.

Kami meneruskan perjalanan. Jam 6.00 petang kami tiba di Kuala Terengganu. Sholat khosar dan jamak maghrib dengan isyak di rumah adik ipar aku di Gong Badak. Semasa lalu di Felda Belara, hati terkenang seseorang. Sayang aku tak dapat meluangkan masa menemuinya. Semoga kita jumpa lagi.

Malam tu lebih kurang jam 8.00 malam kami berlepas ker dungun.



Ketika tiba di Kuala Ibai, KT sempat snap gambar masjid terapung di terengganu. Nama tak ingat, Masjid Tengah Intan Zaharah ker apa.

Tiba di Dungun kira-kira jam 9.30 malam.

2 ulasan:

ummu Masyitah berkata...

hmm dah lama tak lalu sini.bila ntah pulak nak gi sini..(tasik Banding)

Kunang-Kunang berkata...

Salam masyitah. Akak pun teringin nak ke sana lagi. Terima kasih sudi ziarah blog kak hanim ni.