Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 18 Jun 2009

Sayur Lemak Putih Pucuk Salang



Inilah rupa daun salang yang nak diceritakan ni. Orang Utara terutamanya orang perak mesti tahukan

Ada sekali tu aku ke rumah besan di Batu Kurau. Kami dijemput makan bersama. Anampak salah satu lauk tengahari tu ialah sejenis ulam yang dijelur. Dan semangkuk salambal belacan. Rupa ulam yang dicelur tu macam daun bayam. Tapi aku pasti itu bukan daun bayam. Aku cuba makan. Wah sedapnya ulan tu di cicah dengan sambal belacan. Pedasnya sambal belacan, tapi sedap.

Aku tengok sakinah yang tak suka makan sayur tu pun beria-ria makan pucuk yang dicelur ni, begitu juga dengan dzulkarnain. Selepas makan aku tanya pada besan aku tu, kata besan aku itulah daun salang. Aku tanya dia sama tak dengan daun salam (selalunya kita masukkan dalam rendang), dia kata lain. waktu balik aku dibekalkan dengan pucuk salang ni yang tumbuh? atau ditanam dibelakang rumah mereka.

Ahad lepas dzulkarnain balik dari Batu Kurau dan mak mertuanya kirimkan aku pucuk salang ni. Hasilnya semalam akau masak lemak putih pucuk salang dengan campur dengan suun. Sedap



Jadi tengahari semalam aku masaklah yang berikut sebagai makan tengahari kami berdua. Simple saya.



Sayur lemak putih daun salang, sambal tumis sotong dan goreng ikan gelama berlada.

6 ulasan:

juliadam berkata...

kak,

sedapnya , harus tina kena minta mak carikan masak lemak putih macam nih. Masa tina kecik2 dulu, opah masak dengan pucuk paku gajah(di tanam sendiri). walla............sedapnya.............

Kak hanim berkata...

Tulah tina sehingga dengan tak malunya minta pada besan kak ani. Akak mintak anaknya tapi dia kata anaknya susah nak hidup. Dah banyak kali orang mintak.

Terbantutlah niat nak menanamnya.

anak paklah cikbun berkata...

sedapnya sambal sotong. last mkn masa kat mesia dua tahun lepas. pakndak org utara, tak penah pulak dengaq daun salang, ada nama lain kot? (teringin nak makan jantung pisang rebus cicah ngan ayaq asam)

Kunang-Kunang berkata...

Mungkin juga lain tempat dipanggil nama lain.

Sambal sotong ni buatnya senang saja. Kalau boleh dapat sotongnya. Tumbuk atau blend cili kering, bawang merah dan bawang putih. Tumiskan dan nampak cantik sambalnya, masukkan sotong dan masak sehingga nampak pekat. Masukkan air asam jawa atau tomato source. Lepas tu rasa asam dan garamnya. He he dah siap, angkat.

INTAN RH berkata...

Hmm..bestnya hidangan tu kak Hani tapi sy jarang masak pucuk salang ni. Kena try la lepas ni gamaknya.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Oh orang pahang pun panggil pucuk salang juga yer. Kak ani tak tahu di Terengganu ada atau tidak atau pun mungkin nama lain.