Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 7 Jun 2009

Tidak Pernah Minta DiHalalkan

Pernah tak lalui pengalaman orang-orang yang berhutang dengan kita. Terutama saudara mara sendiri dan keluarga yang rapat. Memandangkan saudara mara yang berhutang, tentulah kita rasa begitu sukar sekali untuk meminta kembali duit ataupun apa saja yang dihutang. Malangnya bila kita tak minta mereka tak pula nak ambik usaha untuk membayar.

Yang tak tahannya, mereka akan datang lagi bila kesesakan. Tak malu dan tak segan sungguh. Tak sampai hati, diberi juga walaupun dalam hati berkata, hutang dulu langsung tak sebut. Sedih pun ada. Tapi mulut tu tak terucap nak tanya tentang hutang yang dulu, dulu dan dulu. Ada orang kata halalkan sajalah. Tak halal pun mereka tidak bayar juga. Bila kita halalkan kita dapat pahala. Tapi macam mana nak halal, mereka tak pernah meminta supaya hutang itu dihalalkan. Dan kalau kita halalkan kita kena beritahu dia. Kalau setakat beberapa ringgit tu tak aperlah, apa hal kalau dah ribu ringgit.

Sebenarnya orang yang berhutang kalau dia meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan orang, dia berdosa.

7 ulasan:

anak paklah cikbun berkata...

Sebab tue dalam al Quran telah menjelaskan tentang hutang piutang. Pakndak rasa ayat tue yang paling panjang dalam Al Quran pada surah Baqarah ayat 282. Semua penjelasan tentang hutang ada dalam ayat tue.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat datang ke blog saya Pakndak. Terima kasih sudi beri komen.

Itulah, kalau orang yang berhutang ni tahu betapa beratnya menanggung hutang alangkah baiknya.

INTAN RH berkata...

Salam Kak Hani,
Bab hutang ni sy memang ada experience. Bkn sikit tp hampir RM4K. Masa dia ank-beranak susah, sy dan huby tlg wpun rasa serba-salah. Tp dh dekat 5 thn, satu sen pun tak byr semula wpun derang dah senang.

Nak kata cmna? Memang dah tebalkan muka minta byr ansuran tp kepala kita pulak nak kena katuk. Sedih kan.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah intan, manusia ni selalu lupa bila dah senang. Boleh bergaduh pun ada. Bab pinjam duit ni dari kawan jadi lawan. Susah betul.

yginsaf4 berkata...

insyaAllah.. adalah rahmat sumer teww.. ehehe, salamms dr me dikejauhannns

Az berkata...

Suami saya dah kata awal2 lagi, selagi kita hidup ni, mana2 yang masih berhutang tu, kita doa2kanlah hutang tu dibayar.
Pastu dia dah bagi wasiat awal2, kalau apa2 jadi kat dia atau saya, semua hutang2 tu dihalalkan automatically.
Payah gak nak carik masa kat alam lain nanti. Settle lah kat dunia ni awal2.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, selamat datang ker blog kak hanim.

Az, menurut ulama' orang yang meninggal tidak melangsaikan hutangnya, roh orang tu akan tergantung sehingga selesai hutangnya. Kesian.

Jadi sebelum menerima harta pesaka seseorang, semak dulu hutang simati. Selesaikan dulu, baru bahagi2kan harta pesaka.