Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 22 Jun 2009

Di Hari Perkahwinannya



Maaflah gambar tak jelas sebab guna handphone saja.

Semalam aku menghadiri perkahwinan anak perempuan kawan sepejabat aku dulu di salah sebuah hotel di Cyberjaya. Jemputan taklah ramai sangat lebih kurang 300 orang agaknya. Pengantin dan mempelai memang cantik dan kacak. Menantunya orang German. Keluarga dan kawan pengantin lelaki datang dari german untuk hadir sama menyaksikan perkawinan ini. Teringat kata-kata nasihat dari kakak pengantin lelaki yang mengingatkan kedua pengantin supaya banyakkan sabar dan memahami hati masing-masing kerana mereka berdua datang dari budaya yang berbeza. Ada masalah sama-sama berbincang.

Aku dan mak pengantin perempuan memang bersahabat baik dari semenjak muda lagi. Sekarang kami berdua dah pencen. Dia buat pencen pilihan dah hampir 10 tahun lepas. Walaupun dia tidak lagi bersama aku di pejabat, tapi kami saling berhubung melalui telefon bila di rumah. Kami bersembang lama-lama. Kata orang kalau masak bubur pun boleh masaklah.

Teringat waktu dulu-dulu semasa sama-sama membesarkan anak-anak kami. Kami sama-sama sedih bila anak deman dan sakit. Kami sama-sama susah hati bila menceritakan kenakalan anak-anak kami semasa mereka meningkat remaja. Dan kami sama-sama mengucapkan syukur bila anak-anak kami berjaya dalam pelajaran masing-masing dan mendapat pekerjaan. Masih terdengar ditelinga aku tangisan dia bila mendapat tahu arwah iskandar meninggal.

Semalam perkahwinan anak perempuan sulungnya. Anak perempuan keduanya baru saja melangsungkah perkahwinan 2 bulan lepas. Wah bayangkan kepenatan membuat persiapan kenduri dalam tempoh 2 bulan. Tapi kegirangan tetap terpancar di wajah dia dan suami setelah anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang menemui kebahagiaan masing-masing. Teringat kata-kata suaminya semasa memberi ucapan pengantin. Dia kata semoga dengan perkahwinan kedua anak perempuannya ini akan berakhirlah "screaming and tears" isterinya. Dalamnya makna kata-kata itu. Itulah suka duka dalam membesarkan anak-anak. Semoga anak-anak memahaminya. Jadilah anak-anak yang soleh dan taat kepada ibubapa. Jangan sesekali menderhaka.

Sebagai kawan yang sama-sama melihat anak-anak ini membesar mendoakan semoga pengantin berdua ini akan berbahagia ke akhir hayat. Dan kepada menantunya semoga dia menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah. InsyaAllah

2 ulasan:

en_me berkata...

salam akak kunang kunang ittewww..

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam me. Hari ni kak hanim tak kemana-mana adalah pelung merayau2 ke blog member.