Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 1 Jun 2009

Jumpa Opah dan Tok Wan

Hari ini dah 11 hari usia Ain nur Kaisah.

Pagi ni kami bersiap-siap untuk ke Taiping. Kampong Opah dan Tok Wan Kaisah. Kaisah dan maknya akan tinggal di Taiping semasa dalam pantang ni. Jadi kami akan temannya anak aku menghantar isterinya dan Kaisah ke Taiping.

Kesian menantu aku tu, tiap-tiap hari dia terpaksa mandikan anaknya sendiri melainkan pada hari pertama dia balik ke rumah dari hospital. Anak sulung ku yang mandikan Kaisah dengan seliaan aku. Aku tak dapat nak jaga dia dan kaisah dengan sempurna kerana lutut aku ni tak membolehkan aku membuat banyak pergerakan. Tapi aku dah cuba sedayanya menjaga menantu aku tu sebaik mungkin. Semoga dia tidak berkecik hati.

Setiap pagi dan petang aku akan sediakan air mandian untuk dia. Air rebusan campuran daun mengkudu, daun pandan dan daun lengkuas. Menurut kata orang yang tahu mandi dengan air rebusan daun-daun ni boleh menyegarkan badan kerana aroma daunnya tu memang wangi (pada akulah) dan dapat mengeluarkan angin dari dalam badan.

Aku juga panaskan tungku dari batu sungai tiap-tiap pagi dan petang untuk dia bertungku. Aku panaskan tungku tu sehingga panas, dah panas angkat, curahkan air di atasnya dan balut dengan kain yang telah dilapik dengan daun mengkudu. Tujuannya supaya rahim cepat mengecut dan kembali ke saiz normal.

Makannya juga aku hanya bagi dia ikan bakar yang dicicah dengan lada hitam. Sayur juga aku masakkan sup saja dan banyakkan bawang putih, halia dan lada hitam. Kadang2 aku beri juga dia ayam yang dipanggang. Aku ingat pesan mak aku masa dia jaga aku dalam pantang dulu, dia kata elakkan benda bergoreng. Kadang-kadang kesian dia asyik makan nasi dengan ikan bakar jer, aku gorengkan nasi untuk dia, aku cuma letakkan isi ikan. Goreng dengan minyak sedikit sahaja sekadar menumis bawang putih. Masukkan lada hitam untuk memanaskan badan.

Kiranya apa kita buat, apa kita berikan orang dalam pantang makan, tujuannya hanyalah untuk mengeluarkan angin, memanaskan badan dan mengecutkan urat saraf yang dah terkembang semasa proses mengandung dan bersalin.

Aku tahu menantu aku lebih selesa dengan emaknya ketika berpantang. Itu lumrahlah. Beruntunglah sapa yang masih ada emak ketika dalam pantang.

4 ulasan:

Az berkata...

satu nama yang indah...
Ain Nur kAisah
Saya teringat mak saya jaga menantu dia..
Bagaikan anak sendiri...
Beruntung sapa dapat mak mertua macam dia dan kak ani.
Anak kak ani tu bagi saya akan jadi ayah yang baik...
Jarang ada orang lelaki berani mandikan baby kecil..

Kunang-Kunang berkata...

Berbuat baik kepada orang amatlah dituntut oleh agama kita. Apa lagi menantu sendirikan Az. Seorang Ibu yang penyang seperti Ibu Az akan dapat menyayangi menantu seperti anak sendiri. Sebab itulah dia boleh menjaga menantunya dengan baik.

Kak ani juga tak sampai hati nak melukakan hati orang yang anak kita sayang. Apa lagi dah jadi mak kepada cucu kita. Perasaan sayang dan kesian pada menantu walaupun tak serupa 100% dengan anak sendiri, tapi tak banyak kurangnya. Kalau menantu kita tak bahagia anak kita juga takkan bahagia. Itu pendapat kak anilah.

INTAN RH berkata...

Ikan singgam pun ok untuk makan masa berpantang. Dulu saya selalu gak buat nasi goreng "bodoh" bila dah jemu makan nasi putih..hehe.

Seronok ye kak Hani dapat cucu..tahniah.

Kunang-Kunang berkata...

Betul intan. Ikan singam (singgang) ikan aya (ikan tongkol) sedap kan. Tapi orang bersalin tak boleh makan ikan aya, nanti gatal. Lagi pun kalau luka2 ikan ni biasa. Ikan kembong pun sedap masak singgam.