Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 25 Jun 2009

Bulan Rejab Datang Lagi

Cepatnya masa berlalu. Rasa baru sangat kita merayakan syawal. Pejam celik, pejam celik rupanya dah sampai kita ke bulan Rejab. Dua bulan jer lagi kita akan berpuasa bila tibanya bulan Ramadhan.

Bulan Rejab bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT". Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita sehingga kita dapat sama-sama menyambut ketibaan bulan Rejab tahun ini

Hari ini merupakan hari kedua bulan Rejab. Aku rasa semalam mesti ramai umat islam yang berpuasa sunat hari pertama dalam bulan Rejab. Sayangnya semalam aku tak dapat berpuasa kerana terpaksa ke PPUM (ada hal yang nak diperiksa). Jadi InsyaAllah jika diizinkan Allah hari inilah baru aku memulakan puasa sunat di bulan Rejab.

Di bulan Rejab nilah masjid-masjid dan surau-surau banyak berceramah tentang malam Israk Mikraj kerana ianya berlaku dalam bulan ini iaitu pada 27 Rejab. Pada malam Israk Mikraj nilah juga solat 5 waktu difardukan ke atas kita umat Islam. Kita selalu diberitahu oleh tok-tok guru kita tentang kisah Rasulullah SAW berulang alik menemui Allah SWT bagi menentukan jumlah sholat wajib terhadap kita umatnya di mana akhirnya tinggallah 5 waktu yang difardhukan kepada kita.

Semoga dengan amalan-amalan tulus ikhlas dan tawwaduk yang kita lakukan dalam bulan Rejab ini seperti berzikir, berpuasa, bersedekah, bertaubat dan lain-lain kebaikan akan membuka luas pintu rahmat kepada kita semua dan harapan kita agar mendapat pengampunan dari Allah SWT keatas dosa-dosa kita yang lalu.

4 ulasan:

INTAN RH berkata...

selamat berpuasa kak.. :)

Purple Crayon berkata...

cepat masa berlaul kan kak.moga kita masih diberi peluang menambahkan amalan dan belajar dp kehidupan.

Kunang-Kunang berkata...

Intan, terima kasih sama2lah kita rebut peluang keemasan yang diberi dalam bulan ini.

Kunang-Kunang berkata...

Yerlah shima. Cepat sungguh. Hari tu gi tailor kak hanim, dia dah pesan baju melayu (lelaki) tempah sekarang nanti dia tak dapat terima.

Aduh belum apa2 dah fikir baju raya.