Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 3 Jun 2009

Amboi Canggihnya

Selepas sholat zohor pada hari Isnin 1 Jun baru-baru ni kami bergerak ke Taiping untuk menghantar Kaisah dan emaknya (menantu aku) menjalani hari-hari pantangnya di kampong halamannya.

Apa yang aku nak cerita ni mungkin tak ada mendenya pada mereka yang sentiasa berulang alik ke utara. 'Nothing new' lah kata orang yang cakap orang putih. Cuma aku yang ketinggalan zaman. Jadi dib, shima, tina dan siapa yang membaca coritan ini jangan gelak yer. Selalunya kalau ke utara aku cukup mengelak supaya tidak singgah berehat dan sholat di R & R Sungai Perak. Ini kerana untuk ke surau atau tandas kita terpaksa mendaki tangga yang tinggi. Jadi pada aku yang sakit lutut ni sangat tak sanggup dibuatnya.

Jadi perjalanan kali ni aku dah pesan awal-awal jangan singgah di R & R Sungai Perak. Tapi kami dah agak terlewat untuk menunaikan solat asar, mau tak mau kenalah singgah juga di situ. R & R seterusnya masih jauh. Takut terlepas waktu asar. Tapi menantu aku kata, tak aper mama, sekarang dah ada eskelater. Wah canggihnya, fikir aku, betul ker ni. Jadi kami pun berhenti di R & R Sungai Perak. Memang betul, rupakan R & R Sungai Perak dah berubah canggih. Ini menunjukkan lamanya aku tak berhenti di sini. Rasanya inilah satu-satunya R & R yang canggih infrastrukturnya di Malaysia






Pemandangan tangga untuk ke surau.



Memandangkan aku suka bunga-bungaan, bunga kertas ni tak terlepas pandang



Kami tiba di Taiping ketika dah nak masuk maghrib.
Alhamdullilah.

2 ulasan:

Purple Crayon berkata...

wah akak dah merasa escalator tu yerh....dtg lagi singgah umah kat kg yer.sya sabtu pagi nak balik bercuti.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah shima. Hati memang ingin sangat nak singgah rumah shima. InsyaAllah panjang umur kita jumpa yer.