Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 5 Jun 2009

Alamak Terkena Ker Aku!!!!!!!!!

Ni saja nak kongsi pengalaman yang agak pelik dilalui semasa perjalanan balik dari Taiping pada hari Selasa lepas. Kami berlepas dari Taiping lebih kurang jam 11 pagi lebih kurang.

Belum pun sampai ke R & R Bukit Gantang, hasben aku tu dah mengantuk sangat. Aku tengok mata dia pejam celik, pejam celik. Aku toleh ke belakang, Dzulkarnain juga sedang nyenyak tidur. Takut juga nak suruh orang baru terjaga tidor memandu. Jadi aku pun tawarkan diri untuk memandu sekejap sementara hasben ku lelapkan mata mengilangkan kelat kata orang.

Ketika tiba di Lebuhraya Cangkat Jering dan pada jalan yang menuruni bukit, aku begitu berhati-hati takut terbabas. Tiba-tiba aku rasa kereta yang aku pandu tu berat dan seolah-olah tak boleh laju. Aku tekan pedal minyak, aku rasa seolah-olah pedal minyak tu tak boleh turun ke bawah. Aku perhati meter kelajuan, 60 meter sejam. Aku tekan lagi minyak, masih tak bergerak. Jarum meter masih menunjukkan kelajuan yang sama. Sedangkan kereta rasa makin berat untuk bergerak.

Aku pelik, rosak ker kereta aku ni, kenapa berat, bukan ker ni jalan menurun bukan mendaki bukit. Aku kejutkan hasben aku, aku tanya dia. "Kita ni sedang menurunkan ke menaik". Dia jawab "kita sedang turun bukit, hati-hati jangan laju". Jadi betullah apa yang aku nampak, kami sedang menuruni bukit. Aku tengok jam lebih kurang 12 tengahari lebih sikit. Aku terfikir sesuatu. Aku tak nak mengaku kalah, aku baca ayat qursi, apabila bacaan pertama selesai aku rasa kereta tu macam meluncur sikit. Aku baca lagi, lepas bacaan kedua, kereta tu ringan semula dan pedal minyak boleh ditekan. Aku tekan pedal minyak perlahan2 untuk pastikan boleh ditekan tidak macam tadi keras jer.

Aku tidak cerita hal ini pada hasben aku sehingga aku tiba di R & R Simpang Pulai untuk kami menunaikan sholat zohor. Hasben aku kata, ada gangguan kot. Maklumlah tengahari..

8 ulasan:

Shida berkata...

Isy, siang² hari pun terkena ker....

Pengalaman saya balik kg Kelantan, waktu malam, masa tu anak sulung dlm umur 3 thn, tiba² dia boleh kata, "Ayah, macam bau mayatlah, tepi jalan". Masa tu tgh area hutan Gua Musang...isy, sebelum tu tak pernah dia pandai sebut mayat...

INTAN RH berkata...

Kak Hani, tengahari pun ada gak macam tu?

Shida, kat Gua Musang tu dulu2 memang selalu ada org tahan kete nak tumpang..hehe..

Purple Crayon berkata...

akak Ani, kat mana2 pun hati2 ye kak, baca ayat qursi klu rasa pelik mcm tu.mmg ada gangguan tp nak ckp la kat tempat mana tp di mana pun tetap ada makhlukni kan.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah shida, intan dan shima, selalunya kita dengar cerita orang jer. Kali ni terkena agaknya.

Memang kalau rasa pelik2 tu, eloklah baca2 apa yang patut. Jangan panik.

Shidah dan intan, jalan Gua Musang tu lalu nampak gunungnyakan.

anak paklah cikbun berkata...

Dia nak uji iman kita la tue :-)

Kunang-Kunang berkata...

Itulah Pakndak. Dia pun ada di mana-manakan.

Az berkata...

Pernah terkena kat lebuhraya karak kak ani.
Masa lepas terowong nak turun bukit tu.
Tiba2 kaki kebas takleh tekan pedal brek nak control kete.
Pastu tangan pun tak dapat control stering.
Tengah maghrib masa tu.
Lepas insiden tu, tak penah masuk karak waktu maghrib.
Tunggu lepas maghrib baru on...

Kunang-Kunang berkata...

Tulah Az, benda2 tu memang masa maghrib, tengahari atau senja memang waktu dialah tu.

Agaknya orang eksiden tu macam tulahkan.