Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 4 Mei 2009

Sahabat





Seorang sahabat menjadi penawar dalam duka kita. Kata orang seorang sahabat akan mengiring kita hingga ke liang kubur. Kata orang ketika duka, ketika dalam kesulitan barulah kita kenal siapa sahabat kita. Bidalan ada berbunyi "kawan ketawa senang dijumpa, kawan menangis sukar dicari".

Begitulah bermaknanya seorang sahabat dalam hidup kita. Kalau ada orang kata dia tak perlukan sahabat dalam hidupnya. Rasanya orang ini menipu dirinya sendiri. Tidak mahu menerima hakikat yang dia memerlukan seseorang dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pesara, aku mula merasa kehilangan orang-orang yang dulunya aku anggap sahabat ku. Mereka tidak pernah bertanya khabar aku. Tapi rupanya sahabat boleh datang dari mana arah dan masa. Allah telah mengatur segalanya.

Aku rasa begitu bertuah dalam usia yang beransur merangkak senja ini, ada insan-insan yang sudi bersahabat dengan ku. Di saat aku kehilangan teman-teman semasa berkerja dahulu aku didatangi teman-teman lain yang begitu bererti dalam hidup ku. Aku berdoa semoga sahabat-sahabat ku ini sentosa hidup mereka hingga ke akhir hayat.

4 ulasan:

INTAN RH berkata...

salam kak Ani, salam ziarah. Tahniah dah jadi blogger :), teruskan menulis. Hrp kunjungan sy ni diterima dgn hati terbuka.

Kawan? Even tarzan pun perlukan kawan, kak walaupun semuanya animals.

Alhamdulillah huby kak dah ok.

Az berkata...

Hidup ini di luar jangkaan kita kak...
Ada rupanya di sana yang selalu mengingati kita...

Kunang-Kunang berkata...

Intan dan Az, seperti kita sekarang walaupun seperti dengan intan akak tak pernah bersua tetapi dihati tetap ada nama dia. Seolah-olah kita pernah bersua.

Apa lagi dengan sahabat2 yang pernah berjumpa. hati selalu ingat.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih intan sudi singgah di rumah kak hanim. Kak hanim ni tentang buat bloq bukan lagi masih bertatih malah masih merangkak. Sangat berharap tunjuk ajar kawan2 yang dah lama berkecimpung dalam blog memblog ni.