Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 12 Mei 2009

Rawatan Alternatif

Semalam aku dan hasben ke Beranang untuk berurut dengan seorang Pak Chik yang duduk kat situ. Dia ni terkenal kerana kepandaiannya mengurut cara yang agak berlainan dari orang lain. Cara dia berurut hanyalah dengan menepok2 tempat yang patah atau seliuh, lepas tu dia beri air jampi. Selalunya dia akan pesan, malam nanti kalau ada rasa apa-apa jangan takut, itu tandanya tempat patah atau sakit tu sedang diubati. Dia akan pantang pesakit dari makan, guna atau sapu sebarang minyak di badan termasuk minyak ubat atau minyak urut.

Dulu masa tangan hasben aku patah ketika jatuh di Sarawak tu pun kami ke Beranang juga disamping berubat dengan doktor. Kami juga ke Kuala Terengganu berurut dengan seorang bomoh patah di situ. Ini semua kerana hasben aku tak nak operate dan pasang sekeru ditempat patah. Jadi terpaksalah gunakan cara tradisional.

Sesampainya kami di rumah Pak Chik tu terpandang di pagar rumahnya ada notis tertulis "Sudah Tutup, Harap Maaf". Agaknya Pak Chik ni dah tak ada lagi ataupun sakit. Pak Chik ni sebenarnya dah tua dan mengidap sakit buah pinggang.

Jadi memandangkan hasben ku nak juga mencari alternatif lain selain berubat dengan doktor, akhirnya kami meneruskan perjalanan kami ke Bangi menuju ke Darul Sifa', tempat pengamal perubatan islam yang terkenal tu. Di mana nama Profesor Datuk Dr. Haron Din adalah salah seorang pengamal perubatan islam di sini.

Kami ke sana tidaklah hendak berjumpa dengan Ustaz Haron Din tapi dengan orang lain pun tak aper. Untuk bertemu dengan Ustaz Haron Din hanya hari Selasa setiap minggu. Itu pun aku difahamkan Ustaz cuma ambik 200 orang pesakit sahaja. Jadi sesiapa yang berhajat untuk bertemu beliau, kena menunaikan sholat subuh di sana. Kalau tidak memang tak sempat, orang terlalu ramai nak berjumpa beliau.

Apabila kami tiba di Darul Sifa' waktu baru menunjukkan jam 2 petang lebih kurang. Pesakit dan keluarga masing-masing dah ada menunggu. Nasib baik petang tu orang tak ramai sangat, jadi lebih kurang 3.30 petang kami dah selesai bertemu dengan salah seorang dari pengamal perubatan islam tu.

Semasa perjalanan balik, hasben aku kata, rasa ada perubahan pada tengkoknya. Sebelumnya dia tak boleh menggerakkan lehernya macam biasa, terbatas kerana sakit. Doktor di PPUM kata otot-ototnya tegang. Setibanya di rumah dia kata rasa elok sikit dan hari ini pun tak adalah pulak aku dengar dia komplen sakit tengkok lagi macam sebelumnya bila bergerak terutama bila memusingkan kepala. Alhamdulillah.

3 ulasan:

MamaAliffAysraaf berkata...

Alhamdulillah, semoga hubby kak Ani cepat sembuh. Dalam masa yg sama Kak Ani pun kena jaga kesihatan yee...take care.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shida sudi singgah sini. Memang sekarang ni hasben akak kena pilih makanan yang dimakan, yang terlalu berkarbohairat tak boleh sebab boleh merosakkan buah pinggang.

Mieza berkata...

Salam, saya terbaca blog anda dan tertarik ttg bomoh tulang yg di beranang klu blh sy ingin tau lebih lanjut seperti phone no atau pun nama dia. saya nak bawak hasben pergi berubat kerana dia skrg tgh sakit kaki belah kiri kerana slipped disc. harap puan dpt membantu. Terima kasih