Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 8 Mei 2009

Ragam Orang Sakit

Kelmarin 6 Mei 2009, hasben aku semalaman tidak dapat tidur. Dia kata setiap kali nak tidur, dadanya di sebelah kiri sakit bagai direntap2. Bimbang juga macam tanda-tanda masalah jantung. Jadi untuk pandangan pakar lain aku bawa di ke Pusat Perubatan UM (PPUM).

Dia ditempatkan di Wad 'Observation' di Jabatan Kecemasan. Segala maknika test dibuat dan beberapa pakar juga datang memeriksa hasben aku tu. Kesian dia, lengan dia dah macam dipatuk ular, berbekas sana sini kerana dicucuk untuk ambik darah. Ehhhhh dracula betul mereka ni. Darah-darah darah di mana-mana jer.........

Akhirnya pada jam 11.30 malam doktor benarkan dia balik kerana penyakitnya dah reda tetapi kena follow up 2 minggu lagi.
Selama lebih 16 jam berada dalam wad observation tu menemani hasben aku, macam-macam pesakit yang masuk dan keluar. Tapi aku betul-betul tapiklah dengan doktor2 dan nurse2 di situ. Aku tengok mereka bekerja tak berhenti2. Bercakap pun hal kerja sahaja. Aku tengok sesetengah doktor tu sudah berada disitu semasa aku masuk jam 7 pagi dan sehingga jam 7 malam mereka masih disitu. Bila tengok macam ni teringat kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan yang doktor curi tulang. Kesian mereka.

Sebenarnya yang aku nak cerita ni tentang gelagat pesakit2 di wad tu yang kadang buat aku seram dan kadang2 nak tergelak. Nanti aku cerita satu-satu yer. Tungguu........ mata dah ngantuk ni esok aku sambong....
t

2 ulasan:

INTAN RH berkata...

Kak Ani, orang lelaki ni makin tua makin nakkan perhatian dan nak bermanja. Kat umh sy tu, abah sy tu, klu mak maleh nak layan dia, merajuk panjang...hehe.

Neway, harap huby kak dijauhkan daripada apa2 yg tidak baik. Sakit jantung ni ibarat bom jangka. Aritu big bos sy, pegi wat routine medical check-up, alih2 doktor detect dia sakit jantung tahap dh nak msuk kritikal, pdhal selama ni dia tak tau pun.

Tu pentingnya medical check-up, kita yg rasa sihat ni ntah2 belum tentu sihat kan...hrp2 takde apa yg berlaku ye.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih intan. Memang kan kita pernah bincang, orang lelaki ni memang malas buat check up. Tup tup ha, dah teruk.