Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 8 Mei 2009

Orkid

Salah satu hobi aku ialah bertanam bunga. Bunga yang paling aku suka ialah orkid. Di rumah ni adalah serba sikit orkid. Sekarang masih belajar dengan kawan-kawan tentang orkid mengorkid ni. Semenjak dah tak kerja ni bolehlah tumpukan banyak masa sikit pada hobi yang banyak habis duit ni tapi puas bila tengok bunga orkid berkembangan.

Ni antara orkid spesis yang ada kat rumah dan sedang berbunga. Cymbidium Finlay. Begitulah kata kawan-kawan yang tahu. Pada aku dia susah nak berbunga, tapi pada yang arif kata mereka tidak susah.



Ini bunganya lebih jelas. Bunga ni tahan lama juga kembangnya.



Selamat menikmatinya.

7 ulasan:

Purple Crayon berkata...

cantik2 orkid ni kan....boleh wat bisnes tu kak ;)

Az berkata...

Lepas insiden keguguran tu, saya takde semangat untuk bela orkid atau menanam apa2 kak...Bunga2x orkid saya dah mati...Disebabkan banjir jugak...Pokok cili, limau semua dah takde. Camane nak tarik balik semangat ni ye kak?

Purple Crayon berkata...

az,cari shbt2 atau ahli keluarga yang mempunyai minat yg sama, berkongsi idea mesti seronok bila dpt bertukar2 idea dan menujukkan hasil wlupun hanya melalui gambar di blog.semangat boleh dipupuk dan dibajai kembali, cubalah Insya-Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Kes Az sama seperti kak ani. Dulu semasa arwah anak kak hanim meninggal, habis bunga2 merana kerana akak dah tak ada semangat untuk menjengoknya, usahkan untuk membelai, menyiram pun tak sudi.

Tapi akak terfikir tak sudah bersedih begini, akak kena bangun. Az menanam bunga juga boleh menjadi terapi mata dan minda pada kita. Akak akan terlupa kesedihan yang ada dihati bila duduk membelai pokok2 ni. Akak boleh menghabiskan waktu berjam2 bila membaja, membuat pasuan semula atau apa-apa saja berkaitan bunga. Kalau az sudi akak boleh kenalkan pada kawan2 yg sama minat menanam pokok.

Az berkata...

Kak shima, sebenarnya mama az pun bela orkid gak. Papa pulak suka tanam pokok2 macam2. Dia orang yg derma pokok limau, cili and lain2x. Tapi semuanya dah takde dah now. Nak mintak lagi, segan la pulak. Hehehe..
Ok gak kak ani. Semalam pegi pasar tani kat MARDI, teringin jugak nak beli orkid tu. Tapi hati berbelah bagi,saya menganiaya pulak orkid ni karang...Nak jugak berkenalan ngan kawan2x kak ani tu.

Purple Crayon berkata...

:)

Kunang-Kunang berkata...

Tadi kak ani ke nurseri di serdang yang sebelah bangunan Minlon tu. Beli juga sepasu dua.

Nanti kalau kebetulan ke serdang lagi, kita date yer.