Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 28 Mei 2009

Mengeluh

Puas aku cuba lelapkan mata. Tapi nampaknya susah sikitlah malam ni. Masih terdengar-dengar suara Salam, anak bongsu aku bercakap di telefon. Suaranya 'down' sangat. Aku memang sedih kalau tahu anak-anak ada masalah,

Aku yang menelefon Salam tadi. Dah 5 hari Salam di Kampus UIA di Petaling Jaya. Sekarang dia sedang menjalani minggu induksi di UIA. Selama disana tiap-tiap malam dia ada hantar sms. Malam kelmarin dia telefon, suara dia ceria jer.

Tapi malam ni dia macam merungut. Aku tanya dia sedang buat apa. Dia kata tak buat apa-apa, sedang rehat, baru habis program. Aku tanya program apa. Dia jawab, entah. Aku tanya lagi, kenapa jawab entah. Dia kata, entahlah, entah apa-apa programnya. Macam-macam program.

Dia kata lagi, rasa macam nak bawa kipas, kat sini panas. Aku tanya, bilik tak ada kipas ker. Dia kata, ada tapi tak kena dia sangat. Dia kata, Bilik ni kecik sepatutnya untuk 2 orang. Tapi sekarang kena berkongsi 4 orang. Katil 2 tingkat. Dia kena tidor sebelah atas. Aku kata sabarlah. Dia kata lagi kafeteria terlalu ramai orang. Aku pun masih kata, sabarlah. Aku faham aper yang tersirat.

Dia kata selepas semester 1 baru tahu jurusan apa yang akan dia ikuti. Kalau result bagus baru boleh ikut jurusan kejuruteraan kalau tidak kena ambik ICT. Aku tahu dia nak buat kursus kejuruteraan. Sebab tu dia masuk sekolah teknik. Sebenarnya dia juga dapat tawaran belajar ke Matrikulasi Teknikal, tapi dia pilih untuk ke UIA. Sebab dia kata di UIA nanti dia boleh sambung balik belajar Bahasa Arab yang pernah dia belajar semasa dia di SAMBES dulu. Kelmarin mereka dah menduduki peperiksaan bahasa arab dan bahasa inggeris. Esok dia kata ada ujian fardhu ain dan tajwid.

Sebagai ibu, apa yang boleh aku buat selain memujuk dan memberi semangat agar dia tidak merasa tertekan dengan situasi baru yang dialaminya. Aku kata mama akan sentiasa doakan semoga Alam berjaya mendapat apa yang Alam hajatkan. Dia kata, yerlah Ma. Doa mama semoga Salam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

5 ulasan:

INTAN RH berkata...

Salam Kak Ani.
Tahniah la anak kak dh masuk UIA. Kena bg dia motivasi sket, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian :). Dekat je kan PJ dgn Shah Alam.

Shida berkata...

Semoga Salam cepat dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shidah.

Terima kasih intan

Itulah juga yang kak hanim harapkan. Akak ni dah macam fobia, start dari anak no. 3 hingga yang ke 5 ni semua dapat masuk matrik tapi 3 dan 4 separuh jalan. Bukan fail tapi keluar kerana tak kena dengan kehendak hati. Tapi nasib baiklah dapat masuk universiti lain. Yang no. 3 dah grad dan dah kerja.

Harap sanat biarlah salam kekal di UIA.

Purple Crayon berkata...

Dik Salam, kak (ke aunti ni hehehe) pun dulu lalui mcm tu gak..mcm2 program takpe semenatra je masa orientasi ni. Selamat menduduki exam bahasa tu yer.Esok2 biasa la duk sana, bnyk cafe kat sana, kat kuliah, kat hostel.

Kak Ani, Salam di PJ yer.Ramai kwn2 lama yg mengajar di situ.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shima atas nasihat dan peransang. Semoga salam terima nasihat kak shima ni.