Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 7 Mei 2009

Hilangnya Peri Kemanusiaan



Mangsa ragut seorang wanita tua, meninggal.


Sedih dan kejamnya. Itulah perasaan setiap kali terbaca kisah-kisah jenayah yang makin menjadi-jadi di negara kita ni.

Minggu lepas kita disogok dengan kisah seorang ayah yang mempunyai 3 orang isteri, 10 orang anak sanggup merogol 3 orang anak perempuannya sendiri. Malah yang paling tragis dan kejam sanggup membunuh anak perempuannya yang berusia 7 tahun yang kurang upaya.

Allah Maha Kaya selepas tertanam selama 3 tahun di bawah pokok, perkara yang tersembunyi itu akhirnya terbongkar juga. Kerana nafsu serakah seorang bapa yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak berlindung sanggup merogol malah membunuh zuriat sendiri. Dan yang paling geram tu, isteri-isterinya sanggup bersubahat sekali ataupun mungkin isteri-isteri ni di ugut.

Kita juga terbaca tentang kekejaman yang dilakukan oleh mat rempit. Mereka meragut tak mengenal siapa, perempuan mengandung, wanita tua dan apa saja yang terlintas di depan mereka tanpa ada rasa belas kesian. Baru semalam kita terbaca kisah seorang ibu di Klang yang sedang hamil meninggal kerana jatuh dari motosikal apabila mat rempit meragut begnya. Hari ini ada lagi beberapa kes ragut berlaku dan menyebabkan kematian.

Kita sudah tidak boleh berjalan dengan aman lagi di negara sendiri.

4 ulasan:

Purple Crayon berkata...

ada sebabnya kenapa makin kurangnya nilai kemanusiaan....

Kunang-Kunang berkata...

Adakah kerana kurangnya nur islam di dada orang-orang malaysia sekarang.

Purple Crayon berkata...

betullah tu kak.kiri kanan, depan belakang bnyk pengaruh sedar dan luar sedar menjadi contributor kpd masalah2 ni.bila ditegur ada pihak2 yg melenting baik ahli keluarga mahupun organisasi.Rosulullah s.a.w dah berpesan kita ibarat dlm kapal dgn nakhodanya.kalau ada berlaku sesuatu dlm kapal mesti ditangani segera.amalan amar ma'ruf nahi munkar pun mcm susah nak dilakukan di negara tercinta ni kdg2.ada pihak yg nak buat pembaharuan bermula di sekolah rendah ibu bapa dah melenting mcm2.ramai2 yg lebih takut kpd pendedahan islam seolah2 ada bom jangka di situ.

mselim3 berkata...

Mengapa manusia kejam...hanya kerana duit manusia sanggup mengadaikan nyawa orang lain.
Adakah manusia hanya mengejar duit dengan memingirkan nilai-nilai kemanusiaan?...
Entahlah manusia cepat hilang nilai kemanusiaan...