Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 30 April 2009

Kehilangan

Setiap kali salah seorang dari anggota keluarga ku sakit. Aku jadi terlalu takut. Aku takut akan kehilangan lagi orang-orang yang aku sayang. Aku rasa tidak ada kekuatan lagi untuk menerima sekali lagi ujian kehilangan orang yang disayang.

Ya Allah yang Tuhan ku, kau sembuhkanlah segera suamiku. Jauhkanlah dia dari segala yang tidak diingini. Aku pernah merasa kepedihan dan kesengsaraan kehilangan anak yang ku sayangi 2 tahun lepas. Air mata ini masih mengalir seandai gambaran peristiwa dan wajah anak lelaki ku datang dalam ingatan. Betapa hati ini merindui dia.

27 Mei 2007 saat duka yang teramat datang dalam hidup kami. Anak lelaki sulung ku berusia 25 tahun pergi mengadap Ilahi semasa terlibat dalam kemalangan jalan raya. Keretanya melanggar pembahagi jalan. Polis kata dia mengantuk. Dia dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya di MAS subang. Seorang anak yang baik dan sangat menyayangi aku. Seorang anak yang sentiasa senyum dan tak pernah melawan cakap aku dan abahnya. Tidak pernah meninggikan suara. Seorang abang yang disayangi adik-adik. Innalillah hiwainna Ilaihirajiuun. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan setiap kali dada ni sebak merindui dia.

Pergilah sudah seorang permata hati aku di antara 5 orang permata hati ku yang dikurniakan Allah. Pemergian yang ditangisi oleh semua adik-adik dan seorang kakaknya. Rintihan ini bukan kerana aku tidak redha dengan takdir Allah, tetapi hanya menyatakan betapa rindunya aku seorang ibu kepada seorang anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang. Kembalilah anak ku menemui penciptanya.

Semenjak peristiwa ini jiwa aku jarang tenang. Terutama bila salah seorang anak ku tiada di rumah. Aku belajar menasihati diri. Kita tidak dapat melawan takdir. Tapi kata-kata ini belum cukup kuat untuk memberikan aku ketenangan. Aku sentiasa mencari ketenangan dengan mengaji, mendirikan sholat-sholat sunat dan menghadiri kelas-kelas agama untuk menguatkan akidah diri.

4 ulasan:

Az berkata...

Salam kak ani....

Kembara itu satu perjalanan panjang yang hakikatnya pendek sahaja kak...
Kembara yang dipinjamkan untuk kita di dunia...
Kembara itu menguji hati hambaNya yang layak.
Akak antara pilihanNya..
Malu az kerana akak telah jauh melalui perjalanan ini sedangkan Az belumpun bermula....
Tabahkan hatimu kak...
(nice blog....) :)

Purple Crayon berkata...

Salamun a'laik kekandaku tersayang.
Syabas kak dah ada blog, bolehlah selalu sya bertandang di vila akak ni yang cantik dan berseri, sejuk mata dan hati boleh bawak toto lepak sini :).Nasi dagang satu, eh lima nak bwk bekal balik hehehe.

Kak, perjanjian kita dgn PENCIPTA Yg Maha Esa dari awal adalah beriman kepadaNya.PeringatanNya pula setiap yang beriman akan diuji samada dlm bentuk kegembiraan ataupun kesedihan di mana semua itu membawa seribu hikmah yang kdng2 tidak jelas di mata dan minda kita sebagai seorang hamba.Doa saya sekeluarga sentiasa bersama akak dan abg Osman sekeluarga. Moga abg Osman cepat sembuh dan Allah memberi ketenangan,ketabahan dan permudahkan segala urusan kpd akak sekeluarga.Amiin.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Az dan shima. Catatan shima dan Az begitu menusuk hati dan akan dijadikan azimat untuk menguatkan hati yang sering goyah ini.

Tanpa Nama berkata...

saat saye bacakan ini..saye cuba masukkan diri saye dlm situasi ini..betapa sayu..sebak hati ini..lalu menitis airmata..setiap manusia ader cerita dan sejarah sendir..setiap ape yg berlaku telah di takdirkan..semoga kekuatan sentiasa bersama kak hanim..saye dpt rasekan ape yg akak rase..salam..-fifi..