RSS

Jumaat, 24 Februari 2012

Alahai Wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum kepada semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu hadis yang menceritakan tentang kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka.

Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Sa'id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah s.a.w. lalu dihadapan sekumpulan wanita. Kemudian Baginda bersabda, mafhumnya: "Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka."

Mereka bertanya:"Mengapa wahai Rasulullah?"
Baginda menjelaskan:"kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan."

Laknat yang dimaksudkan di sini ialah kata-kata makian dan celaan yang lahir akibat kekesalan, sama ada ditujukan kepada manusia ataupun benda-benda lain termasuk benda-benda tidak bernyawa.

Iman al-Nawawi berkata: "Hadis ini mengandungi anjuran untuk memperbanyakan sedekah, amalan baik, istighar dan pelbagai ketaatan yang lain. Ia juga mengajarkan bahawa perbuatan baik dapat menghapuskan dosa-dosa."

Dalam riwayat yang lain ada menyebut, kamu wanita yang Nabi s.a.w. lihat pada saat itu ialah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu.

Iman Ahmad meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, mereka menyebarkannya. Jika diminta, mereka bakhil. Jika meminta, mereka sangat memaksa. Dan jika diberi mereka tidak berterima kasih."

Disamping sifat-sifat mazmumah ini, wanita juga ada kelebihan. Kelebihan wanita terletak pada kehalusan perasannya. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik, ia akan menjadikan mereka hamba Allah yang sangat dicintai. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Wanita baik yang pernah menunggang unta ialah wanita Quraisy. Mereka sangat sayang kepada anak pada masa kecilnya dan sangat pandai menjaga suaminya."


Kecemerlangan wanita mengasuh dan mendidik anak akan membawa mereka kepada kesempurnaan dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t.. Oleh itu marilah kita berdoa semoga Allah menjauhkan kita dan keluarga dari sifat-sifat ahli neraka ini dan menghiasi kita dan mereka dengan sifat-sifat ahli syurga.


Rujukan: Majalah Solusi

Isnin, 20 Februari 2012

Maaf Di Pinta - Ada Hal Sikit

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Pagi ni tak tau di mana jari saya tersilap tekan. Tiba-tiba senarai blog kawan-kawan blogger 80% hilang. Jadi saya harap kawan-kawan jangan berkecik hati yer kalau nama blog kawan-kawan tidak ada dalam 'Senarai Blog Kawan' saya seperti biasa. Saya sedang menguruskan untuk menyenaraikan semula blog kawan-kawan untuk dipaparkan dalam blog saya.

Jumaat, 17 Februari 2012

Keringat Mengalir di Pagi Jumaat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum pada semua di hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan ini. Semoga kita semua di bawah rahmat Allah subhanahuwataala.

Pagi tadi saya paksakan diri untuk rajin sikit. Dah lama saya berhajat nak bersihkan kawasan di luar pagar rumah saya ini. Dah semak dengan pokok-pokok renek yang dulunya saya tanam, kononnya untuk mencantikkan. Sekarang pokok2 tu dah menjalar serta membiak sehingga saya dah tak nampak tanah diantaranya lagi.

Saya takut ada makhluk yang tak diingini lepak kat situ. Jadi pagi tadi saya dan suami buatlah perlahan mengikut kudrat kami.




Inilah sebahagian kawasan yang saya bersihkan tu. Petang ni InsyaAllah bila Salam balik dari UIA bolehlah ajak dia bersihkan pokok-pokok yang dah di tebas tu. Mungkin sebagai ganti saya akan tanam pokok lily yang sekarang ni tak terjaga dalam pasu. Lily pun membiak juga tapi dia tak semak.

Sambil bersihkan semak-semak tu, saya perhatikan ada pokok bunga kerak nasi saya berkembang. Bunga kerak nasi ni ada juga orang panggil bunga tikam teladan. Tak silap saya bunga ni bunga rasmi negeri Melaka. Dari jauh baunya harum semerbak. Saya tanamkan pokok ni ditepi pagar rumah saja. Dibiarkan dia menjalar dipagar.







Ingat masa kecik-kecik dulu kalau dapat bunga ni mesti letak dalam lipatan telekong sembahyang supaya telekung tu wangi. Di samping bunga kerak nasi ini ada juga beberapa pokok bunga santalia. Pokok-pokok ni tumbuh sendiri di luar pagar tanpa saya tanam. Mungkin benih berterbangan dari pokok induk yang saya tanam dalam pasu. Santalia ni pun berbau wangi. Ada orang juga orang panggil bunga ni bunga sundal malam sebab ia berbau lebih kuat di waktu malam.




Dan seperti biasalah bunga ros mesti ada yang kembang tiap-tiap hari. Maklumlah saya jenis sayangkan batang-batang ros ni. Jadi setiap kali saya potong dahan yang tua, saya akan pacak batang-batang dahan tu di mana-mana yang saya rasa boleh hidup, dan biasanya InsyaAllah hiduplah.




Saya gemar semua bunga-bungaan. Ada orang tanya kenapa tak tanam sayur-sayuran. Nanti saya cuba, InsyaAllah

Khamis, 16 Februari 2012

Cuba Apa Saja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Asalkan tidak bertentangan dengan akidah dan syriat agama kita serta masih dalam kemampuan, orang yang banyak masalah kesihatan seperti saya ni sanggup cuba apa saja yang kawan-kawan cadangkan.

Begitulah yang saya cuba lakukan. Termasuk malam tadi, dah 3 kali saya ke Pusat Jualan Al Jabbar di Seksyen 25 untuk melakukan terapi menggunakan Mesin Dr. Jism. Saya cuba membuat terapi menggunakan mesin ini bila ada kawan saya mencadangkannya. Semoga usaha saya ini dapat meringankan sakit lutut saya ni.

Kata kawan saya, dia sendiri dah cuba selama sebulan. Alhamdulillah, sekarang bengkak-bengkak di kaki dan tangannya dah mulai hilang. Dan yang paling bersyukurnya, dia dah boleh mengerjakan sholat secara biasa.

Jadi semenjak hari Isnin baru ni saya mulakannya. Untuk satu jam saya dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Okeylah tu. Saya boleh buat terapi untuk saraf, terapi untuk menghancurkan lemak di badan dan juga terapi untuk perjalanan darah.

Malam tadi adalah kali pertama saya membuat terapi waktu malam, selalunya saya akan ke sana waktu pagi. Rupanya pada waktu malam ramai orang membuat terapi di situ. Bila dah berkumpul ramai, macam-macam cerita yang dapat saya kongsi menurut pengalaman mereka.

Mudah-mudahan usaha saya ini Allah perkenankan.